Lori dan SUV terbakar, tiga cedera

oleh SALINA JALIL|
Tiga lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan di jejambat berhampiran Masjid Jamek Datuk Bandar Haji Ahmad, Rasah, di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Hamlan Ishak berkata, kemalangan itu menyebabkan dua kenderaan iaitu Proton X70 dan sebuah lori terbakar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.06 tengah hari dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

 

"Setibanya di lokasi, kami cuba memadamkan kebakaran manakala lima mangsa yang terbabit kemalangan diselamatkan orang awam," katanya di sini, tadi.

 

Katanya, siasatan awal mendapati perlanggaran kedua-dua kenderaan menyebabkan kebakaran.

 

Beliau berkata, seramai 13 anggota Balai Bomba Seremban dan Balai Bomba Seremban 2 terbabit membantu memadamkan kebakaran.

 

Hamlan berkata, dua daripada tiga lelaki yang berada di dalam lori cedera.

 

"Turut cedera seorang lelaki yang memandu Proton X70 manakala seorang penumpang iaitu wanita tidak cedera," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza…
Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…
Berita Domestik
Katanya, sejurus menerima maklumat, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan…