Ini kerana dalam satu perkembangan terbaharu, Lordstown Motor diberitakan tidak mampu untuk memulakan produksi trak pikap elektrik Endurance disebabkan masalah kekurangan dana.
Dalam satu pengajuan peraturan yang dibuat dengan Securities and Exchage Commission (SEC), syarikat pemula EV itu mengakui keupayaan untuk terus bertahan bergantung kepada pembangunan kenderaan elektrik, mendapatkan persetujuan perundangan, memulakan produksi serta melancarkan penjualan produk tersebut.
Namun, syarikat tersebut percaya dengan dana dan tunai yang ada pada ketika ini tidak mencukupi untuk digunakan bagi memacu produksi berskala komersial serta pelancaran rasmi kenderaan tersebut.
Sehingga akhir Mac 2021, Lordstown memiliki tunai berjumlah $587 juta (RM2.42 bilion) dan melaporkan kerugian bersih sebanyak $125 juta (RM5.14 bilion) dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Dalam pemfailan itu lagi, pengurusan utama Lordstown sedang menilai pelbagai dana alternatif dan mungkin berusaha mencari dana tambahan menerusi penjualan ekuiti, mezzanine atau sekuriti hutang menerusi kerjasama dengan rakan strategik, atau memperoleh kredit daripada kerajaan atau institusi kewangan.
Minggu lalu, pengeluar tersebut mendedahkan mereka telah pun mendapat surat daripada SEC memaklumkan Lordstown bakal dikeluarkan daripada bursa saham Nasdaq disebabkan kelewatan menghantar laporan suku tahunannya, menurut laporan daripada The New York Times.
Baca: Tujuh trak pikap elektrik selain Tesla Cybertruck
Baca: Ford F-150 Lightning
Baca: Hummer EV pikap 1,000 hp
Baca: Rivian R1T
Baca: Bollinger B2