Lordstown perlu suntikan dana pacu produksi trak pikap elektrik Endurance

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemula kenderaan elektrik Lordstown Motors Corp memerlukan suntikan modal tambahan sebanyak US$150 (RM658) juta bagi meneruskan usaha untuk menghasilkan trak pikap elektrik Endurance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suntikan modal tambahan tersebut diperlukan bukan sahaja untuk tujuan produksi, akan tetapi ia juga akan digunakan untuk melengkapkan proses ujian, pembelian bahan serta komponen kenderaan yang diperlukan.

Menurut laporan daripada Reuters, syarikat pemula itu merekodkan baki tunai berjumlah US$204 (RM894) juta, berbanding US$587 juta (RM2.5 bilion) yang dicatatkan pada tahun lalu.
 

Endurance


Lordstown juga turut menerima bayaran pendahuluan sebanyak US$200 (RM877) juta hasil daripada jualan aset kepada Foxconn.

Sebelum ini, General Motors dilapor menjual kesemua pegangan di dalam syarikat tersebut, malah Lordstown juga turut dipaksa untuk menjual aset kilang yang ada kepada Foxconn pada lewat tahun 2021 bernilai $230 juta.

Dari segi spesifikasi, Lordstown Endurance merupakan trak pikap dengan empat motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 600 hp, dengan jarak gerak minimum 320 kilometer mengikut data EPA.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari syarikat itu mengumumkan kebimbangan terhadap kemampuan…
Berita Global
Salah satu daripada tujuh trak pikap elektrik tersebut adalah Lordstown Endurance di mana ketika…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang meminati segmen trak pikap sifar emisi ini usah terlupa kerana selain…