Lordstown Endurance - trak pikap 600 hp, empat motor elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda rajin membaca, penulis pernah menyiarkan artikel tentang tujuh buah trak pikap elektrik yang bakal menerjah pasaran dunia selain daripada Tesla Cybertruck yang berwajah piramid itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripada tujuh trak pikap elektrik tersebut adalah Lordstown Endurance di mana ketika artikel tersebut ditulis, masih belum terdapat butiran lanjut berkenaan spesifikasi yang bakal ditawarkan. 

Kini, laman web Lordstown Motor telah mendedahkan lebih lanjut spesifikasi yang bakal dilengkapkan pada trak pikap Endurance. 

 


Mengikut data daripada Lordstown Motor, versi paling asas dijual pada harga jualan bermula dari $52,500 (RM217,352) dan mampu menawarkan jarak operasi minimum 320 kilomter mengikut EPA. 

Sistem pacuan pula menggunakan konfigurasi pacuan semua roda dengan penggunaan sistem motor yang terletak di dalam hub tayar yang dikatakan mampu mengurangkan komponen yang bergerak, sekaligus meningkatkan kadar kawalan kenderaan. 
 


Daripada keempat-empat motor elektrik ini, kuasa yang dihamburkan mampu mencecah angka 600 kuasa kuda dan trak pikap elektrik ini berkeupayaan untuk menunda beban seberat 2,721 kilogram. 

Sistem pengecasan pula terdiri daripada sistem pengecasan AC 7kW (10 jam masa pengecasan) dan juga sistem pengecasan pantas DC yang mampu memberikan kapasiti penuh dalam masa 1.5 jam sahaja. 
 


Selain daripada keupayaan untuk mengemas kini secara over-the-air, Lordstown Endurance juga turut dilengkapi dengan sistem ADAS-LDW, Brek Kecemasan Autonomi serta Amaran Lintasan Trafik Belakang. 

Setakat ini, Lordstown tidak memberikan tempoh pelancaran rasmi bagi trak pikap Endurance ini. 

Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…
Gaya Hidup
Bagi merancakkan lagi rangkaian produk Cybertruck, Tesla telah memperkenalkan satu lagi varian yang…
Pelancaran
Dipertontonkan buat pertama kali pada tahun 2019, harga rasmi yang diumumkan 50 peratus lebih…