London EV Company lancar van panel komersil - guna platform Teksi London

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

London EV Company telah memperkenalkan sebuah kenderaan komersil ringan (atau LCV) yang dibangunkan menggunakan asas Teksi London TX EV. 

Ia merupakan kenderaan komersil ringan pertama yang menawarkan sistem trenkuasa dengan unit range-extender di pasaran. 

Sistem range-extender ini menggunakan enjin 1.5 liter dari Volvo yang bertindak sebagai penambah jarak kepada sistem pacuan elektrik sedia ada. 
 


Dengan pek bateri 31 kWh dan motor elektrik pada gandar belakang, LCV ini mampu menawarkan jarak sejauh 606 km apabila kedua-dua sistem digandingkan. 

Jika di dalam mod EV sahaja, van ini mampu mencecah jarak sejauh 130 km, cukup untuk penghantaran barang di dalam kawasan bandar. 

Syarikat yang dimiliki oleh Geely ini mensasarkan produk van panel LCV ini bagi syarikat professional yang beroperasi pada jarak melebihi 160 km. 
 


Manakala dengan mod EV yang ditawarkan, ia mampu memasuki Zon Emisi Ultra-Rendah di London tanpa sebarang bayaran. 

Van panel ini mampu memuatkan kargo seberat 800 kg. 

London EV Company mensasarkan penjualan LCV ini menjelang separuh tahun kedua 2020 di UK, dan ia akan diperluaskan kepada negara yang lain. 
 


Melihatkan kepada model baharu dari London EV Company ini, penulis teringat akan Exora versi van panel yang pernah muncul di jalan raya Malaysia. 

Difahamkan, ia merupakan unit yang digunakan oleh Proton sendiri bagi mengangkut barangan serta alat ganti yang diperlukan oleh pusat-pusat servis. 

Memandangkan Proton kini bernaung di bawah syarikat yang sama memiliki Volvo dan London EV Company, adalah menarik jika Proton menceburkan diri di dalam industri komersil ringan, meneruskan kembali bidang yang diceburi oleh Arena beberapa tahun yang lalu. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Berita Global
Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan…
Berita Global
Daihatsu Vizion-F Concept secara asasnya merupakan sebuah kenderaan komersial ringan berkuasa…