Lokomotif pertama buatan Malaysia akan dieksport

oleh SALINA JALIL|
gambar dari BH Online
SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail), syarikat pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyenggaraan kereta api yang terkemuka hari ini melancarkan H10 Series, lokomotif elektrik diesel pertama buatan Malaysia untuk pasaran eksport.


Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Datuk P K Nara, berkata H10 Series yang dikeluarkan di dalam negara menonjolkan kepakaran Malaysia dalam pasaran kereta api, malah dibina dengan teknologi canggih untuk mengurangkan emisi.


Pembuatan kereta api itu adalah seiring congan kata syarikat itu iaitu Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam (Towards Green Mobility).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lokomotif H10 Series yang mesra alam ini membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel, dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau.


 

"Kumpulan lokomotif pertama dalam siri ini akan dibekalkan kepada Tanzania Railways Corporation yang membuat tempahan berasaskan sokongan dana daripada Bank Dunia. Saya yakin bahawa lokomotif ini akan membawa manfaat ekonomi besar kepada industri kargo rel Afrika.

 

"Kami bertekad untuk membina penyelesaian inovatif dalam industri rel global. Dengan pengalaman industri menjangkau lebih 20 tahun, tumpuan kami adalah untuk terus menyediakan penyelesaian cemerlang kepada rakan niaga rel global dari segi kos, kecekapan dan kebolehpercayaan," katanya pada sesi maya pelancaran Lokomotif H10, semalam.

 

Lokomotif H10 Series SMH Rail disenaraikan oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Lokomotif Buatan Tempatan Pertama Untuk Dieksport'.

 

 

Berita Harian