Lokasi percutian di Jepun ini lengkap dengan pakej Land Cruiser FJ40!

oleh Mohamad Hanif|
Careta pasti sudah ramai yang rindu akan kehidupan pra-COVID-19, di mana anda bebas ke mana sahaja tanpa perlu risau akan risiko jangkitan, dan kebebasan untuk menghirup udara segar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak diketahui bilakah kita akan dapat menikmati semula kebebasan itu, namun tidak salah untuk kita merancang destinasi percutian tatkala pintu sempadan dibuka.

Tahukah anda, selain daripada lokasi menarik seperti fasiliti rehat dan rawat Daikoku, muzium automotif, Akihabara, atau Litar Fuji, terdapat satu lagi lokasi unik yang anda boleh lawati, iaitu di kepulauan Iki, Nagasaki, Jepun.

 


Lokasi ini sebenarnya merupakan sebuah pulau kecil yang menempatkan Ritomaru Villa, dan ia mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti empat bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang barbeku dengan pemandangan lautan yang terbentang luas.

Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan aktiviti luar seperti mendaki bukit, berbasikal, memancing atau menyelam.

Dan lebih menarik lagi, pemilik villa ini turut menyediakan sebuah Land Cruiser FJ40 untuk anda gunakan ketika merayau di kepulauan tersebut!

 


Berdasarkan semakan di laman web A-Hotel.com, harga untuk satu malam untuk dua orang bermula dari  ¥50,000 (RM1,879).

Tak salah berangan atau merancang percutian masa depan, bukan?

Sumber: Japanese Nostalgic Car