Lokasi MH370 terhempas ditemui?

oleh SALINA JALIL|
Pelbagai spekulasi tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bukan perkara baru. Setiap tahun ada sahaja 'berita' tidak rasmi dilaporkan. Terbaru misteri kehilangan MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.


Memetik laporan BBC, Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia, Richard dilaporkan telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasatnya.

 

“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.

 

“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.

 

Richard menggunakan sistem penjejakan baharu yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) dan menggabungkan teknologi baharu dengan data sistem komunikasi satelit dari pesawat.

 

Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.

 

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

 

Kerajaan Malaysia telah pun membelanjakan RM27.6 juta pada tahun 2014 dalam misi pencarian MH370 dan peruntukan tambahan sebanyak US$70 juta pada tahun 2017 untuk menyiasat lebih lanjut dengan kerjasama dari syarikat swasta, Ocean Infinity (menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam sidang Dewan Rakyat pada 27 Jun 2017).

 

- semoga terungkai misteri kehilangan MH370 ini hendakNya -

 

 

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…
Informasi
“Sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia berada di sini hari ini, ia bukan sekadar…
Informasi
Dalam satu ceramah di Persatuan Aeronautik Diraja (RAS), Marchand dan Blelly dilaporkan mendakwa,…