Lokasi kamera AES, kamera lampu isyarat akan ditambah - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil alih operasi kesemua 45 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), berkuat kuasa 1 September yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada hari Isnin, sehingga kini terdapat kira-kira 29 buah kamera perangkap had laju dan 16 buah kamera lampu isyarat telah pun dipasang di seluruh negara.

Antara lokasi kamera (had laju 110km/j) termasuk di

  • KM 256.1 dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (Kuala Terengganu);
  • KM 18 Lebuhraya Guthrie (utara);
  • KM 28.4 Lebuhraya ELITE (utara); dan
  • KM 96.3 Lebuh Raya PLUS (selatan).

Lokasi kamera had laju 90 km/j pula terdapat di

  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS (utara) dan
  • KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai;

Manakala lokasi kamera had laju di bawah 80 km/j dan 70 km/j pula terdapat di

  • KM 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan
  • KM 1.6 Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Sementara itu, lokasi kamera lampu merah termasuk Jalan Ipoh di Kuala Lumpur, KM11 Jalan Setiawan-Ipoh dan KM36 Jalan Alor Setar-Butterworth.

 


“Pada masa yang sama, kami sedang dalam proses mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan untuk memasang kamera di dua lokasi lagi untuk kedua-dua kesalahan,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata lokasi AES atau AWAS (Automated Awareness Safety System) akan menampilkan tiga papan tanda untuk memaklumkan pengendali zon operasi kamera.

“Papan tanda ditempatkan satu, dua dan tiga kilometer jauhnya dari mana kamera kelajuan dipasang.

“Bagi kesalahan lampu merah, tiga papan tanda juga akan dipasang pada jarak antara 50 meter dan satu kilometer sebelum kamera.”

Pada masa yang sama, pesalah trafik diberikan kompaun 60 hari pada kadar RM300 untuk kesalahan AWAS.

“Mata demerit juga akan ditolak. Untuk kesalahan lampu merah, kenderaan biasa akan ditolak empat mata manakala bas akan ditolak enam mata.

“Bagi kesalahan laju melebihi satu km/j hingga 25 km/j, ini akan melibatkan potongan dua dan empat mata untuk kenderaan biasa dan bas.

“Pelanggaran had laju yang melebihi 25 km/j ke 40 km/j akan melihat potongan tiga dan lima mata demerit bagi kenderaan dan bas biasa, manakala untuk kesalahan melebihi 40 km/j akan menyebabkan potongan empat dan enam mata untuk kategori yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi JPJ di www.jpj.gov.my

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Loke berkata semasa tempoh sifar saman bermula dari 17 Ogos hingga 31 Ogos, sistem yang kini…
Berita Domestik
  Kerajaan akan memutuskan akan kedudukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Atuomatik (AES) dalam…