Logo baru Nissan lebih ringkas, logo Z pula klasik!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan nampaknya bakal membawakan penggunaan logo baharu yang lebih minimalis berdasarkan pendaftaran hak dagangan yang telah difailkan di Great Britain, Peru, Uruguay, Chile, dan Argentina baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia sekaligus mengenepikan logo asal tiga dimensi dengan kemasan krom yang biasa kita lihat sebelum ini.

 


Sama seperti pendekatan yang dibawakan oleh Volkswagen dan BMW, logo baharu Nissan kini lebih ringkas dengan imej dua dimensi dan monokromatik, namun masih mengekalkan penampilan berbentuk bulat pada logo terdahulu.

Logo ini sebenarnya telah pun diperlihatkan buat kali pertama ketika Nissan memperkenalkan model konsep Nissan Ariya pada Tokyo Motor Show 2019.

 


Selain daripada itu, Nissan juga turut memperlihatkan secara rasmi penjenamaan semula subjenama Z yang menyerupai logo yang terdapat pada model asal 240Z tahun 1971 itu.

Berdasarkan laporan terdahulu, generasi baharu Nissan Z bakal membawakan elemen retro yang terdapat pada model terdahulu, seperti contoh muka hadapan yang mengambil inspirasi daripada 240Z, dan diikuti belakang seakan sebuah model 300ZX.