Logo baharu Nissan bakal membuat kemunculan rasmi pada model Almera 2020 di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2017, saat di mana naib presiden kanan rekaan global Nissan Alfonso Albaisa memulakan kajian untuk proses penjenamaan semula identiti dan jenama Nissan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tiga kata kunci yang diperlukan - tipis, ringan dan fleksibel - dan daripada situ logo Nissan sedia ada telah berubah menjadi sebuah logo yang lebih ringkas sekaligus membawakan satu hala tuju baharu buat jenama dari Jepun itu.

Pasukan pereka juga menitikberatkan penampilan logo itu sendiri, di mana tahap ketebalan bulatan tersebut perlu menampilkan impresi yang kuat ketika di bawah bantuan pencahayaan tanpa menenggelamkan nama Nissan itu sendiri.

 


Malah, logo itu juga perlu menampilkan impresi yang lebih kuat ketika dalam keadaan yang 'tidak bercahaya', seperti contoh penampilan secara digital atau atas kertas.

Logo Nissan serba baharu itu pertama kali diperlihatkan pada SUV elektrik Nissan Ariya pada Julai lalu, dan difahamkan ia bakal membuat kemunculan rasmi di Malaysia menerusi pelancaran model sedan segmen B generasi baharu, Nissan Almera dalam masa terdekat.

Selain daripada penampilan pada model kenderaan, logo baharu itu akan digunakan merentasi segenap medium komunikasi digital dan fizikal.

 


Dalam sesetengah aplikasi digital dan video, logo tersebut akan dilihat 'hidup' dalam transisi latar belakang yang berbeza, menampakkan perjalanan dan hala tuju Nissan dalam menempuh persekitaran yang serba mencabar.

Logo baharu itu juga menggambarkan masa hadapan Nissan dan dalam masa yang sama memberikan impresi bahawa Nissan masih lagi berbangga dengan warisan dan inovasi yang tersendiri.

Untuk kegunaan komunikasi dan produk, terdapat empat jenis logo yang bakal digunakan oleh Nissan iaitu:

  • logo tiga dimensi dengan kehadiran bayang-bayang
  • logo dua dimensi putih dengan bayang-bayang
  • logo dua dimensi putih berlatarbelakangkan hitam
  • logo dua dimensi hitam berlatarbelakangkan putih

Sementara aplikasi pada kenderaan elektrik Nissan pula, logo baharu itu akan dibantu oleh pencahayaan 20 unit LED (menggambarkan tempoh masa yang diambil oleh Nissan dalam memperkenalkan logo baharu) yang memberikan peringatan bagaimana jenama Nissan bergerak ke arah masa hadapan EV.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
  Negara kedua pula yang menerima Nissan Versa 2020 adalah Mexico pada awal Oktober ini. Buat masa…
Model Terbaharu
Tatkala pasaran dunia semakin kurang meminati segmen sedan akibat serangan calon-calon SUV yang…