Malangnya, ramai pengguna internet didapati keliru dengan fon yang digunakan oleh logo tersebut.
the new kia logo is so unreadable that at least 30k people a month search for the "KN car" ever since its debut pic.twitter.com/jRj25JoAPp
— Ashwinn (@Shwinnabego) November 17, 2022
Ia dibuktikan berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengguna Twitter @Shwinnabego yang mendapati carian "KN car" telah meningkat sejak musim panas tahun 2021, terutama apabila lebih banyak kereta Kia dengan logo baharu muncul.
Beliau mendakwa, setiap bulan sekurang-kurangnya 30 ribu orang melakukan pencarian dengan menggunakan kata kunci "KN car".
Malah, ada yang bertanya di laman media sosial, "model kereta KN? (KN car model?)"
Data daripada Google Trends menunjukkan fenomena ini tidak terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja, malah pengguna di Australia, Kanada, United Kingdom dan Malaysia turut melakukan pencarian "KN SUV", "KN car brand price" dan "KN car brand electric".
Sumber: Google Trends, Twitter @Shwinnabego