Logo baharu BMW kini lebih ringkas

oleh Mohamad Hanif|
Selama tempoh 100 tahun, kita lebih mengenali BMW dengan logo yang direka seakan-akan sebuah propeller (yang kemudiannya dinafikan oleh BMW) yang dikelilingi dengan warna hitam dan diakhiri dengan huruf B, M dan W.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menerusi pengenalan model BMW i4 yang terbaharu, nampaknya BMW sudah mula mengikuti jejak langkah pengeluar lain dalam memperkenalkan logo yang lebih ringkas, dimulakan dengan Volkswagen dan Kia. 

Logo BMW kini direka supaya lebih telus tanpa kehadiran elemen warna hitam serta lebih ringkas dan minimal tanpa rekaan tiga dimensi seperti logo yang terdahulu. 

Apakah makna di sebalik perubahan ini? 

Menurut Jens Thiemer, Naib Presiden Kanan Unit Jenama dan Pelanggan BMW berkata, logo baharu ini sengaja dihilangkan elemen hitam bagi lebih "memancarkan sikap keterbukaan dan ketelusan". 

Dengan adanya logo yang lebih ringkas, ia dikatakan mampu menarik perhatian golongan pembeli yang lebih muda usianya terutama di dalam dunia digital.