Logik di sebalik kejayaan inovasi jenama Chery melawan trend

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Salah satu syarikat pengeluar kenderaan dari China, Chery terus berkembang maju dengan meningkatkan pelbagai prestasi pada peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Chery Group telah mencipta sejarah baharu apabila berjaya merekodkan 1,232,727 unit jualan secara global pada tahun 2022, catat peningkatan sebanyak 28.2 % berbanding tahun 2021.

Disebalik kejayaan Chery ketika industri automotif sedang bergelut dengan pelbagai cabaran, syarikat itu memperkenalkan strategi teknologi canggih 2025, iaitu ‘Technology Chery’.

Susun atur Chery bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), tetapi juga meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.

 

2

 

Sejak ditubuhkan, pelbagai pencapaian teknologi telah diguna pakai dalam produk Chery, yang menyumbang kepada peningkatan daya saing dan jumlah jualan Chery Group secara global.

Antara teknologi yang dapat dilihat pada kenderaan Chery ialah siri Q-POWER yang digunakan secara meluas dalam banyak model Chery, kabin pintar Lion yang dinikmati lebih sejuta pengguna, serta seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0.

Chery kini memiliki lebih 10,000 jurutera dan saintis yang memfokuskan pada pembangunan dalam bidang seperti reka bentuk, cip, perisian, sistem operasi dan kabin pintar.

Pada tahun 2023, Chery Group menyasarkan untuk mencapai lonjakan lebih tinggi dari segi jualan, penguasaan pasaran serta aspek lain, dengan kadar perkembangan yang jauh mengatasi purata industri, ke arah menjadi perusahaan bertaraf dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di Rusia, di mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak…