Lockdown kemungkinan besar dilanjutkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Arahan Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama ini yang bakal berakhir 14 Jun (Isnin minggu hadapan) berkemungkinan besar dilanjutkan lagi walaupun ada penurunan dalam kes positif Covid-19 harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan akhbar The Star, ini ialah kerana angka kematian yang masih tinggi dan juga jumlah kes harian yang sepatutnya menurun ke bawah paras 4,000.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal bermesyuarat seperti biasa hari ini dan Kementerian Kesihatan akan membentangkan laporan mingguan mereka.

Menteri-menteri lain yang juga ada di dalam MKN bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan kemungkinan Arahan Sekatan Pergerakan Penuh itu bakal dilanjutkan.

Sumber akhbar berbahasa Inggeris itu pula berkata bahawa bila kerajaan mengumumkan lockdown fasa pertama, mereka tahu bahawa pandemik itu tidak mungkin boleh dibawa ke paras yang lebih mudah untuk dikawal dalam tempoh hanya dua minggu.

 

 

"Ia pernah dibincangkan sebelum lockdown diumumkan, tetapi kami bersetuju dengan tempoh dua minggu dahulu," ujar sumber tersebut.

"MKN akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan data-data sekiranya lanjutan lockdown diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi ia juga perlu mengimbangkan keperluan untuk menyelamatkan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yang merudum ini," sambungnya lagi.

Agenda kelangsungan hidup ini bagaimanapun dilihat tidak begitu penting oleh sesetengah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki contohnya berkata lockdown ini perlu diketatkan lagi agar lebih berkesan dalam mengurangkan angka jangkitan harian secara drastik.

 

 

Laporan Sinar Harian mengatakan ADUN tersebut berkata kerajaan seolah-olah hanya tahu mencipta nama baharu untuk perintah-perintah ini sahaja.

Namun begitu, Wong gagal memberikan cadangan penyelesaian untuk menjawab persoalan kelangsungan hidup, dan juga beliau tidak memberikan sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah penempatan ribuan pekerja-pekerja kilang di Balakong yang masih lagi tinggal dalam keadaan bersempit-sempit.

Wong juga tidak ada jawapan berkaitan masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk setempat sekiranya kilang-kilang di persekitaran Balakong ditutup dan bakal menyebabkan ribuan warga asing menganggur.

* Laporan asal The Star
** Laporan asal Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu ialah China, Arab Saudi, United…
Berita Domestik
Beliau menegaskan kelonggaran merentas negeri bergantung kepada fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi…