LOCKDOWN 1-14 JUN - Kilang boleh beroperasi tapi perlu ikut syarat dan dapat surat kelulusan MITI

oleh HEZERI SAMSURI|
Sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan (Manufacturing related service - MRS) yang termasuk di dalam senarai MITI akan dibenarkan beroperasi semasa PKP 1 hingga 14 Jun 2021.

Mereka boleh beroperasi dengan syarat mendapat surat kelulusan dari MITI yang boleh dimuat turun daripada portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sektor pembuatan (pengilangan) dan MRS yang dibenarkan beroperasi akan memastikan gangguan minima kepada rantaian bekalan komponen dan produk siap kritikal. 

Dalam erti kata lain, jika sektor pembuatan ini lumpuh, rantaian bekalan komponen untuk produk-produk global di dalam dan luar negara akan lumpuh dan mengganggu produk siap yang kritikal untuk semua.

Syarikat pembuatan yang sedia ada berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja sekiranya perlu.

Untuk syarikat pembuatan yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran hari ini bermula jam 1.00 pm.

Maklumat terperinci mengenai tatacara pendaftaran di CIMS 3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) boleh dilayari melalui www.miti.gov.my.

Pekerja-pekerja di sektor pembuatan dan MRS juga perlu mempunyai surat kelulusan MITI, surat pengesahan lantikan daripada majikan atau kad pekerja untuk pergerakan mereka ke tempat kerja.

SOP semasa mengenai kapasiti tenaga kerja dikekalkan pada kadar 60 peratus.

 Syarikat pembuatan dalam sektor yang hanya dibenarkan untuk meletakkan mesin di dalam status siap siaga perlu memuat turun surat kelulusan MITI melalui CIMS 3.0, tertakluk pada kapasiti tenaga kerja pada kadar 10 peratus.

Di bawah ialah senarai lengkap sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 1-14 Jun 2021.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…