Menurut Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, "Live the Ranger Life merupakan satu ekspresi tepat untuk menunjukkan Ranger bukan sekadar kenderaan utilitarian, akan tetapi ia sebuah trak pikap yang versatil, premium dan mampu memenuhi gaya hidup yang moden.
Lima elemen utama yang memacu prinsip dalam menonjolkan semangat Live the Ranger Life diperoleh berdasarkan satu kaji selidik pelanggan di peringkat global seperti We Make Our Own Fun (keseronokan pemanduan dan kehidupan), Up and Over (meredah cabaran), Bring Others Along the Journey (keluarga dan rakan-rakan), Can't Help but Help (membantu orang lain) dan Carve Our Own Path (jadi berani dan hidup tanpa kerisauan).

"Lima nilai ini menyerlah tentang cara pemilik dan mereka yang ingin memiliki Ranger menjalani kehidupan mereka. Mereka sentiasa terbuka terhadap pengalaman baru, tidak takut mendepani cabaran (atas jalan/off-road), serta kehidupan seharian.
"Mereka juga sentiasa mencari jalan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan menyokong golongan yang memerlukan. Dalam apa jua yang dilakukan, mereka ada matlamat tersendiri," tambah beliau.

Serentak dengan itu, SDAC juga turut melancarkan kedai dalam talian Lifestyle Ford Merchandise yang menawarkan cara pembayaran yang mudah (perbankan dalam talian, kad debit/kredit, atau e-dompet) pada bila-bila masa, dan pelanggan juga boleh memilih untuk menghantar barangan ke destinasi yang diingini.
SDAC juga memberikan bayangan satu lagi program menarik - pertama dalam segmen trak pikap tempatan - bakal dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.