Litchfield berjaya ekstrak 300 hp dari enjin tiga silinder GR Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada penala terkenal HKS yang berjaya mengejutkan dunia menerusi GR Yaris 475 kuasa kuda itu, sebuah rumah penala terkenal dari UK, Litchfield kini mengumumkan hasil kerja mereka terhadap hot hatch Toyota itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan satu, akan tetapi dua unit Toyota GR Yaris dibeli oleh Litchfield bagi membangunkan pakej talaan yang sesuai terhadap casis dan juga enjin.

Menurut Litchfield, dengan talaan ringkas terhadap kotak ECU asal Denso, mereka berjaya mengekstrak 300 kuasa kuda daripada enjin 1.6 liter turbo tiga silinder itu.

Selain daripada itu, Litchfield turut menawarkan penukaran ECU plug-and-play bagi mereka yang mahu menyahkunci kuasa yang terpendam daripada enjin asal GR Yaris.

 


Untuk mereka yang lebih mementingkan pengendalian, usah risau kerana Litchfield telah bekerjasama dengan Nitron untuk membangunkan kit suspensi dan pakej tetapan pengendalian dengan satu tujuan - meningkatkan kualiti pengendalian serta respons yang lebih tajam daripada casis.

Unit GR Yaris berwarna putih itu telah dipasangkan dengan kit suspensi prototaip, dan setakat ini ia memberikan hasil yang diinginkan oleh Litchfield.

Litchfield akan turut menawarkan dua kit suspensi Nitron (2-way dan 3-way) untuk para pemilik GR Yaris tidak lama lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nadi empat silinder sebaris M139 yang dibekalkan dari kilang itu berupaya menghamburkan kuasa…
Berita Global
Penawaran trim GR Sport kini diperluaskan pada model Toyota Aqua GR Sport 2023 yang sudah pun boleh…
Berita Global
Ini kerana, firma penala ABT kini sudah tampil dengan magis mereka yang tersendiri terhadap model…