Litar Toyota Gazoo Batu Kawan - mampu tahan hentaman 200 kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan Toyota Vios Challenge yang berlangsung di Stadium Batu Kawan mulai hari ini sehingga esok (23-24 Februari) menggunakan litar jalanan yang menepati piawaian Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Badan FIA yang juga melihat sukan-sukan permotoran lain seperti Formula 1 memastikan setiap litar yang disahkan olehnya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk penonton dan juga pelumba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut UMW Toyota, litar Toyota Gazoo di persekitaran stadium Batu Kawan itu bukan mudah untuk dibina.

 

Di bawah ialah info menarik yang Careta pasti ramai tidak tahu mengenai litar tersebut.

  • 1.56 km - Panjang litar Toyota Gazoo Batu Kawan
  • 3 forklift 8-tan digunakan 
  • 4 tan - berat setiap satu blok konkrit penghadang
  • 6 laluan "straight" (lurus panjang) - untuk aksi pelumba memotong 
  • 7 meter - lebar minima litar itu mengikut piawaian FIA

 

 

  • 8 kaki tinggi; 3 kaki lebar - saiz blok konkrit penghadang
  • 11 selekoh di dalam litar tersebut
  • 16 - jumlah tenaga pekerja yang bekerja 16 jam sehari selama sebulan untuk menyiapkan litar Batu Kawan
  • 70 treler 4-gandar digunakan untuk mengangkut blok-blok penghadang ke Batu Kawan
  • 200 kmsj - kelajuan kenderaan yang mampu ditahan oleh blok konkrit penghadang
  • 864 unit - jumlah blok penghadang konkrit digunakan di Batu Kawan

Jangan lupa untuk ke Stadium Batu Kawan hari ini. Acara bermula seawal jam 10.00 am dan ada pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga! 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…