Litar Sepang sambut ulang tahun ke-20 penganjuran MotoGP

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi bersedia menerima kunjungan ribuan para pengunjung dan peminat MotoGP pada tahun ini pada 1-3 November.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini merupakan pencapaian yang bermakna kerana ia merupakan ulang tahun yang ke-20 penganjuran di Litar Sepang, dan tahun yang ke-29 semenjak penganjuran pertama MotoGP di Litar Batu Tiga, Shah Alam.

Dalam tempoh tersebut, beberapa pelumba tempatan berjaya menempa nama di kalangan pelumba handalan, seperti Idzlianizar Ilias, Zulfahmi Khairuddin, Zaqhwan Zaidi, Azlan Shah, Amirul Hafiq Azmi, Adam Norrodin dan Khairul Idham Pawi.

Malah, Hafizh Syahrin juga turut membanggakan negara apabila menjadi pelumba negara pertama bertanding di dalam kelas MotoGP tahun lalu.


Kini, Malaysia mempunyai pasukan tersendiri yang berentap di dalam ketiga-tiga kelas MotoGP, iaitu PETRONAS Sepang Racing Team.

Kesemua pencapaian ini tidak bermakna tanpa sokongan daripada rakan teknikal dan para peminat di Malaysia.

Tahun ini merupakan tahun ke-10 Shell selaku penaja utama Malaysian Motorcycle Grand Prix, dan Shell kembali pada tahun ini dengan Shell Hillstand yang bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 

Promosi Shell Biker Chop Chop akan berlangsung bermula Jun sehingga Ogos ini menawarkan diskaun untuk membeli tiket Shell Hillstand MotoGP, selain peluang untuk memenangi barangan eksklusif Ducati. 
 


Minggu perlumbaan pada penghujung tahun ini akan dimulakan dengan acara perlawanan persahabatan bola sepak antara Team SIC All Stars menentang Team Media FC di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Sesi autograf antara barisan pelumba dan para peminat juga akan turut diadakan pada 1-2 November di mana para peminat berpeluang untuk bertemu dengan pelumba kegemaran seperti Marc Marquez, Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, dan lain lain. 

Tahun lalu, MotoGP mencatatkan kehadiran seramai 169,827 orang pengunjung sepanjang acara tiga hari berlangsung.

Selari dengan konsep orang ke-12 didalam permainan bola sepak, SIC turut melancarkan kempen #KamiGearke7 bagi menghargai sokongan peminat terhadap pelumba Malaysia dan pasukan yang bertanding di Malaysian Grand Prix.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…