Litar Sepang kembali beroperasi, terhad untuk latihan persendirian sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua bulan ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dibuka semula, namun terhad kepada sesi latihan persendirian sahaja buat masa ini, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat, pihak pengurusan SIC telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti:

  • Premis sentiasa dibersihkan dan disanitasi supaya kekal selamat kepada para pelanggan
  • Para pelanggan perlu mendaftarkan diri di tempat khas dan suhu diperiksa sebelum dibenarkan memasuki premis
  • Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan mematuhi tanda yang telah ditetapkan
  • Menggunakan alat sanitasi tangan dan pelitup muka yang dibekalkan oleh SIC
  • Pelanggan dikehendaki memarkir kenderaan di tempat khas dan jarak antara kenderaan dalam lingkungan dua meter
  • Satu sesi hanya dibenarkan seramai 10 orang peserta sahaja

Untuk tempahan dan penetapan slot, anda diminta untuk menghubungi talian SIC di +603-8778 2222.
 

Berita Berkenaan

MotorGP
Menurut kenyataan itu tiket bas akan dijual di stesen LRT terpilih iaitu KLCC, Masjid Jamek, Pasar…
Berita Domestik
Acara komuniti BMW M ini dianjurkan oleh kelab tempatan M4NTAP , disertai lebih 50 buah BMW yang…
Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Ravindran K berkata, "Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran…