Litar Sepang bakal jadi lokasi perintis pemantauan SOP sukan permotoran

oleh Mohamad Hanif|
Impak COVID-19 telah merencatkan aktiviti sukan permotoran yang telah dirancang, malah beberapa perlumbaan di peringkat antarabangsa telah pun dibatalkan seperti China GT (Mac 2020) dan Super GT yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2020.
Modenas

Ia juga turut diikuti dengan pembatalan penganjuran perlumbaan di peringkat nasional seperti Cub Prix, MSF serta ROTAX yang melibatkan 34 jumlah pusingan.

Namun, pengumuman PKPP yang dibuat baru-baru ini memperlihatkan beberapa sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan telah pun dibenarkan mulai 15 Jun ini.

Menurut MAM dalam satu sidang media dalam talian, penganjuran perlumbaan masih lagi tidak dibenarkan dan mereka kini sedang memperhalusi SOP supaya lebih banyak acara sukan permotoran dapat dijalankan seawal bulan Julai.

Ini termasuklah memastikan peraturan penjarakan sosial kekal terpelihara serta mengelakkan kehadiran penononton dan pengunjung bagi mengurangkan kadar penularan wabak COVID-19.

Pihak MAM juga akan menganjurkan perlumbaan secara berfasa untuk memastikan setiap SOP yang ditetapkan dipatuhi bermula daripada penganjuran Go-Kart serta  perlumbaan nasional di Litar Sepang sebelum diperluaskan kepada penganjuran perlumbaan lain merentas negeri seperti Cub Prix serta litar-litar lain seperti Litar Tangkak dan juga Gong Badak.

Ini bermakna, Litar Sepang bakal menjadi lokasi pemantauan untuk SOP baharu yang telah digariskan oleh MAM dan ia bakal diperhalusi bergantung kepada tahap pematuhan pihak yang terlibat.

Impak COVID-19 bukan sahaja melibatkan sukan permotoran di dalam negara, malah ia juga turut memberikan kesan kepada penganjuran beberapa acara besar seperti Formula One dan MotoGP di mana beberapa pusingan terpaksa dibatalkan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti:…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan tersebut…
Informasi
  "Saya diberitahu Rabu ini hanya 3,000 daripada 15,000 pengusaha bas seluruh Malaysia akan…