Litar Sepang bakal bina litar drag, hotel dan taman tema

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Md Azhan Shafriman Md Hanif, berkata pihak SIC bakal membina litar drag di lokasi sedia ada sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari litar drag, SIC juga mahu membina hotel dan taman tema serta pusat latihan pemanduan di litar itu juga. Litar gokart yang wujud sekarang juga akan diubahsuai dan menjadi sebahagian dari pusat latihan pemanduan yang baharu itu juga.

Projek-projek ini ialah antara usaha untuk SIC menjana pendapatan selain dari acara-acara litar sekarang. Menurut Shafriman, pembinaan hanya akan bermula dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. 

Shafriman juga memberitahu bahawa SIC tidak ada perancangan untuk membina litar lain di dalam negara.

"Kami tidak ada cadangan untuk membina litar-litar lain tetapi SIC menjadi badan penasihat untuk litar-litar lain di dalam negara," terang Shafriman.

Antara litar-litar yang disebut oleh Shafriman termasuklah litar Gong Badak di Terengganu, litar Tangkak di Johor, litar Alor Star yang bakal dibina kelak dan juga litar Pasir Gudang yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

 


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…