'Litar Nurburgring' ada di Amerika, dan jarak sejauh 282 kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi mereka yang kaki kereta dan mempunyai impian untuk melawat setiap destinasi yang berkaitan dengan automotif, Litar Nurburgring merupakan salah satu destinasi yang ingin dituju sebelum mata tutup buat kali terakhir. 

Namun, dengan kos perjalanan dan penginapan (tidak termasuk sewa kereta dan sebagainya), tidak ramai yang mampu untuk mengembara ke Jerman semata-mata untuk melawati litar ikonik itu. 

Bagi rakyat Indiana, Amerika Syarikat, mereka kini tidak perlu berbuat demikian kerana baru-baru ini sekumpulan kaki kereta telah berjaya menghabiskan masa setahun untuk melakarkan sebuah litar Nordschleife sebenar di tanah yang serba besar itu. 

Menariknya, jika dilihat pada peta, lakaran jalan tersebut benar-benar (walaupun tidak 100 peratus) meniru setiap laluan dan selekoh yang terdapat di Litar Nurburgring pada skala yang lebih besar (Amerika kan?). 
 


Litar Nurburgring Amerika tersebut digelar sebagai Schweinefiletring (bersempena dengan nama makanan ikonik schweinefilet a.k.a sajian daging khinzir goreng) dan ia mempunyai jarak sejauh kira-kira 282 kilometer merentasi laluan awam, kawasan hutan serta bukit bukau yang menghijau di Indiana. 

Dan sudah pasti ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja (ia merupakan jalan umum) dengan memuat turun peta laluan tersebut menerusi aplikasi Google Maps. 

Menurut laman web automotif The Drive, pada hujung minggu ini 22-23 Jun, sebuah badan amal dikenali sebagai Tire Squeal akan menghimpunkan ratusan kenderaan di Litar Schweinefiletring bagi mengumpul dana untuk Gleaners Food Bank of Indiana. 

Segala hasil penjualan makanan dan derma yang dikutip akan diserahkan kepada organisasi terbabit. 

Manakala hadiah cabutan bertuah juga tidak kurang hebatnya seperti peluang menyertai track day di Putnam Park Road Course, Gator Motorsport dan juga IndyCar ride di Indiana Motor Speedway. 
 


Sekarang ini, ada sesiapa yang sudi meluangkan masa untuk mencari Litar Nurburgring di Malaysia? 

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…