Litar lumba terbaharu di Sungai Petani

oleh SALINA JALIL|
Pembinaan litar lumba di Sungai Petani ini yang telah dibangunkan sejak tahun lepas dan dijangka siap pada tahun ini. Satu lawatan kerja dan mesyuarat bersama Tuan Pengarah JKR Kedah dan Yang Berhormat Asmirul Anuar bin Aris yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung semalam, 4 Jun 2018 untuk memastikan bahawa pembangunan litar lumba ini berterusan dan siap mengikut garis masa yang ditetapkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Litar sepanjang 1.8 kilometer yang dijangka menelan kos RM30 juta itu akan mempunyai sembilan selekoh dan bertaraf antarabangsa untuk kegunaan sukan permotoran bukan sahaja perlumbaan motosikal tetapi dengan kelebaran trek sepanjang 10 meter, ia boleh digunakan untuk perlumbaan kereta.

Menurut portal dari media Utusan dan Sinar, tapak litar ini adalah di atas tanah berkeluasan 40 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad. Untuk permulaan, gred yang dibina adalah gred D dan boleh dinaiktaraf ke gred C atau B di masa akan datang.

 

pic 1 trek kedah

 

Tujuan litar ini dibina adalah untuk merancakkan sukan permotoran di negeri Kedah dengan menyediakan trek dan fasiliti perlumbaan yang selamat, profesional dan kondusif. Ia juga diharap dapat melahirkan bakat-bakat baharu untuk menjadi barisan pelapis dalam sukan permotoran.

 

 

 

Litar ini dianggarkan boleh memuatkan lebih kurang 3,000 penonton pada satu-satu masa termasuk 620 penonton di grand stand.

Kemudahan lain yang disediakan adalah pejabat pengurusan litar, ruang penonton VIP, tandas, surau, kawasan parkir, kafe dan kemudahan mesra orang kurang upaya.

Litar lumba ini juga diharap dapat menyelesaikan aktiviti lumba haram dan rempit yang mengancam keselamatan orang ramai.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, pada peringkat awal, kos litar lumba dirancang hanyalah sekitar RM20 juta sebelum…