Litar lumba drag dicadang dibina di setiap negeri - PM

oleh Hamimah Hamid|
KERAJAAN bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, apabila sipa kelak litar itu akan memberi peluang kepada golongan belia untuk mengikut saluran yang betul serta lebih serius membabitkan diri dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

“Setakat ini di Malaysia sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka.

“Jadi bila ada satu litar khusus untuk perlumbaan drag di setiap negeri, mungkin tidak terlalu bahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip di Gong Badak hari ini.

Pada masa yang sama Perdana Menteri turut menyeru golongan muda supaya menyertai program pembangunan permotoran peringkat akar umbi atau MyFit@Motorsports 2022 yang membabitkan pembangunan sukan motosikal dan kereta anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Ismail Sabri berkata, di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui latihan, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan nasional.

Katanya, kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir, bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalanan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam penganjuran Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022, yang menerima lebih 30,000 kunjungan peminat sukan permotoran di seluruh negara.