Litar Johor gelanggang akhir cubprix Sabtu ini

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Persaingan untuk merebut Anugerah Pasukan Terbaik 2015 masih sengit meskipun gelaran juara keseluruhan individu bagi ketiga-tiga kategori utama telahpun diketahui di mana Ahmad Fazrul Sham muncul juara keseluruhan CP130, Kasma Daniel Kasmayuddin (CP115) dan Mohd Harith Farhan Baharin (Wira). Selepas sembilan tahun, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan kembali ke litar penuh legenda, Litar Johor yang terletak di Pasir Gudang, Johor bagi penganjuran pusingan terakhir kejuaraan untuk musim 2015 pada 20 dan 21 November ini. images

Litar Johor sepanjang 3.86 kilometer yang merupakan litar tertua di Malaysia akan menjadi medan persaingan yang menarik bagi musim 2015 ini. Mula dibina pada tahun 1986, Litar Johor juga merupakan venue tertua untuk sukan permotoran di Malaysia dan pernah menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa seperti MotoGP. Kali terakhir Cub Prix berlangsung di Litar Johor ini adalah pada tahun 2006.

Dalam kelas CP130, tiga pasukan sedang bersaing rapat di mana pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ sedang mendahului kedudukan dengan 211 mata. Trio CKJ , Mohd Affendi Rosli, Mohd Fitri Ahraf Razali dan Ahmad Afif Amran mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kelebihan 29 mata ke atas pencabar utama, PETRONAS Yamaha Maju Motor dan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda. Sementara itu, perebutan Anugerah Pasukan Terbaik dalam kelas CP115 terarah kepada dua pasukan iaitu PETRONAS Yamaha Maju Motor dan Motul Yamaha YY Pang. Peminat-peminat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijemput beramai-ramai menyaksikan perlumbaan terakhir musim 2015 pada 20 dan 21 November ini. Masuk adalah percuma. rider in action at Johor Circuit in 2006