'Litar jalan Semenyih – Kuala Klawang': 15 penunggang motosikal kuasa tinggi dikompaun berlumba

oleh SALINA JALIL|
Seramai 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi telah diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun kerana didakwa menggunakan laluan Jalan Semenyih – Kuala Klawang (Genting Peras) sebagai litar motosikal.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, operasi ‘mobile’ Sekatan Jalan raya (SJR) pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selama dua hari sejak semalam pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Operasi tersebut dibuat selepas polis menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan tersebut sebagai litar motosikal.

 

“Kesemua penunggang lelaki berusia antara 18 dan 41 tahun itu diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB (Pindaan 2021),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Katanya, sebanyak 19 saman lalu lintas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi tersebut.

 

“Operasi akan dijalankan di lokasi tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dan kesalahan lalulintas berlaku,” tegasnya.

 

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan SOP PKP di Jalan Semenyih-Kuala Klawang oleh pihak polis.

 

 

 Kosmo 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh…
Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri…
Informasi
Anda ingin mencari komponen kenderaan dan motosikal yang terpakai? Barangan antik? Motosikal lama…