Litar Gazoo Racing Kuala Trengganu - Penerangan teknikal cara pemanduan oleh Brendon Lim

oleh HEZERI SAMSURI|
Brendon Lim, pemenang tempat kedua perlumbaan pusingan pertama Kelas Sporting semalam berkongsi cara-cara beliau memandu di litar Gazoo Racing sepanjang 1.6 km di perkarangan Stadium Sultan Mizan, Kuala Trengganu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Permulaan
Sebaik sahaja bermula, anda akan memecut di laluan lurus sehingga selekoh pertama.

Selekoh Pertama
Selekoh ke kiri dan perlu brek awal (50m sebelum) untuk masuk ke gear 2.
Ini ialah selekoh 90-darjah, bermakna anda perlu pastikan kelajuan anda tepat dan anda berada rapat pada apex (puncak selekoh).

Selekoh Kedua
Keluar dari selekoh pertama dan rapat ke dinding sebelah kanan sebelum kembali ke kiri untuk bersedia bagi pusingan kedua yang menghala ke kanan.

Selekoh Ketiga
Biarkan kelajuan dari selekoh kedua tadi membawa anda naik ke gear 3 sebelum turun kembali ke gear 2 untuk Selekoh Ketiga, juga ke kanan dan diambil pada kelajuan tinggi. Di sini, aksi-aksi agresif sering terjadi.

 

 

Selekoh Keempat
Satu selekoh tajam 90-darjah ke kanan, bermakna anda perlu berada pada kelajuan yang tepat supaya anda bersedia untuk Selekoh Kelima dan Keenam.

Selekoh Kelima dan Keenam
Kedua-dua selekoh ini ialah yang paling mencabar. Ambil selekoh kelima dengan betul dan selekoh keenam boleh diambil dengan mudah. Keluar dengan gear 2 dan hala terus ke selekoh ketujuh.

Selekoh Ketujuh
Tidak boleh terlalu perlahan dalam selekoh ini kerana anda perlu bersedia untuk laluan lurus yang menghala ke selekoh lapan dan sembilan yang lebih merupakan satu set selekoh S.

 

 

Selekoh Lapan dan Sembilan
S-bend ini diambil dengan gear 3 dan kemudian ke gear 2. Ada dua cara untuk mengambil selekoh ini - fast in slow out (masuk dengan laju dan keluar dengan perlahan sedikit) atau slow in fast out (brek dengan kuat dan kemudian keluar dengan kelajuan lebih tinggi).

Selekoh 10
Laluan lurus yang panjang sebelum anda sampai ke Selekoh 10 dalam gear 4 dan harum tachometer sudah hampir ke garisan merah. Brek awal kerana apex Selekoh 10 mempunyai permukaan tidak rata. Jika brek di apex, sistem gantungan sudah berada di tahap maksimum dan anda mungkin understeer.

Selekoh 11
Selekoh ke kanan terakhir sebelum sampai ke garisan penamat.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…