Litar drift Ebisu perlukan sumbangan orang ramai

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter telah melanda pantai Wilayah Fukushima menyebabkan kerosakan teruk pada litar drift lagenda Ebisu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan beberapa laporan media, sesetengah daripada fasiliti dalam litar tersebut rosak, dan beberapa bangunan musnah akibat kejadian tersebut.

Pihak pengurusan litar tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang menyebut skala kerosakan fasiliti tersebut adalah lebih besar berbanding jangkaan asal, dan mereka membuat keputusan untuk menutup operasi keseluruhan fasiliti.

Namun, kesan daripada wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia sebelum ini masih lagi belum pulih, dan pihak pengurusan kini memohon sumbangan orang ramai untuk memulihkan kembali litar tersebut.

Sebuah laman khas di website Litar Ebisu telah diwujudkan khas bagi menggalakkan orang ramai membantu dan menyokong pembinaan kembali litar lagenda ini.

Menurut agensi meteorologi Jepun, kejadian gempa bumi bulan lalu merupakan gempa susulan kepada kejadian gempa bumi dan Tsunami yang berlaku pada tahun 2011, menyebabkan ribuan maut dan kehilangan tempat tinggal.

Sumber: CarThrottle

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tersebut berlaku jam 11.08 pm pada hari Sabtu, di mana ia berpusat kira-kira 96.5 km…