Litar drag antarabangsa Surabaya bakal dibuka Disember ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah litar drag antarabangsa akan dirasmikan di Surabaya pada Disember kelak dan akan meningkatkan lagi prestasi sukan permotoran negara Indonesia.

Blackstone Otomotif Superblok Drag Racing Permanent Circuit itu mempunyai laluan lurus sejauh 1 km dan selebar 12 meter dengan piawaian antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Bambang Soesatyo, Ketua Umum Ikatan Motor Indonesia (IMI), litar drag itu akan menjadi pusat kegiatan sukan permotoran terbaik dan terlengkap di Jawa Timur.

Ia juga akan mengembangkan sektor "automotive sport tourism" untuk wilayah tersebut, secara langsung meningkatkan daya ekonomi tempatan.

Selain dari litar drag, ia juga dilengkapi dengan restoran, ruang jualan barangan automotif, tempat minum VIP di bumbung, hotel bajet dan lain-lain.

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, litar tersebut akan merangkumi kawasan seluas 6 hektar dan ia juga dipromosikan sebagai tempat pelancaran produk automotif, litar ujian kenderaan dan lain-lain.

*Laporan lengkap di oto.detik.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Global
X-SPR Pro ini bertujuan untuk menggantikan model helmet X-Spirit III dengan membawakan salah satu…