Lion Air 'kembali' ke KLIA

oleh Penyumbang Rencana|
Selamat kembali ke KLIA, Lion Air.
Berita baik ini telah dikongsi dalam laman sosial Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) semalam (Rabu) dengan memaparkan beberapa gambar ekslusif di terminal utama.


Sebelum ini, Lion Air yang diuruskan oleh PT Lion Mentari Airlines telah menghentikan penerbangan ke KLIA pada tahun 2020 susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Selamat kembali Lion Air atau kod JT ke KLIA! Ia bakal mengendalikan penerbangan harian Surabaya-Kuala Lumpur melalui pesawat Boeing 737-800,” menurut paparan di laman sosialnya. 


Berdasarkan semakan laman sesawang berita penerbangan global terkenal, Aero Routes, Lion Air telah pun menyambung balik operasi berjadual harian bermula pada 12 Oktober lalu.


Penerbangan adalah pada setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda iaitu terminal udara ketiga terbesar di Indonesia pukul 8.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 12.10 tengah hari.


Ia menggunakan kod JT168 manakala penerbangan balik dari KLIA dengan kod JT169 pula berlepas pukul 1 tengah hari dan tiba di sana pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Barat.

 

semoga tiada lagi pandemik Covid-19 di seluruh dunia hendakNya -

Berita Berkenaan

Informasi
  “Lion Air mencatatkan tahap ketepatan masa hanya 42.27 peratus dengan kadar pembatalan…
Berita Global
  Ia mendapati juruterbang itu mempunyai tempoh penerbangan kurang tiga jam sejak 90 hari…