Lindungi belian kereta dengan Goo Warranty

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Apa nak buat kalau kereta terpakai yang baru beberapa bulan dibeli tiba tiba rosak? Siapa yang harus bertanggungjawab? Macamana nak buktikan yang ianya bukan salah penggunaan tapi sememangnya sebab kereta yang kurang baik kualiti nya? Kini anda tak perlu lagi pening kepala dengan masalah itu, kerana syarikat penerbitan Proto Malaysia telah berkerjasama syarikat Credo Malaysia dan Opal Auto Mart bagi memperkenalkan Goo Warranty. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara mereka telah disempurnakan petang tadi di Kuala Lumpur. Goo Warranty merupakan program waranti atau jaminan kenderaan yang ditawarkan kepada kereta terpakai. Kenderaan yang dibeli baharu akan datang dengan jaminan pengeluar, dan kita juga mampu merasa tenang mengetahui bahawa keadaan kualiti kereta tak perlu dirisaukan kerana ianya baharu. Tetapi tidak dengan kereta terpakai yang dibeli. Goo Warranti akan memberi jaminan tesebut, selepas sesebuah kereta itu lulus pemeriksaan teliti mengikut standard yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan pemeriksaan Goo Kantei. Pemeriksaan lebih 300 kriteria ini meliputi struktur kenderaan struktur, badan, tayar dan juga enjin. Hasil pemeriksaan teliti ini akan diiktiraf dengan persijilan serta penarafan bintang berdasarkan keadaannya. Kriteria pemeriksaan ini adalah diiktiraf Persatuan Pengiktirafan Automobil Jepun (JAAA). Perkhidmatan waranti ini boleh dipohon dari mana mana penjual kereta terpakai dengan sedikit bayaran premium, dan ditawarkan mulai Januari 2016 ini bagi kawasan Lembah Klang.Waranti ini ditawarkan kepada kenderaan persendirian yang berusia sehingga lapan tahun atau yang belum mencapai perbatuan sebanyak 100,000 km. Program jaminan yang akan disokong "syarikat insurans reputasi baik" akan menjamin pembaikan ataupun gantian enjin dan komponen lain seperti transmisi, unit kawalan enjin (ECU) dan unit kawalan penghantaran (TCU) dan lain lain komponen sehingga 12 bulan atau 25,000 km, yang mana terdahulu. Opal Automart mempunyai lebih 120 bengkel panel yang diiktiraf di seluruh negara untuk menawarkan perkhidmatan sokongan pembaikan dan juga bantuan kecemasan. Proto Malaysia berbesar hati berkerjasama bagi memperkenalkan Goo Warranti ini sebagai sumbangan mereka dalam berkongsi kepakaran dan pengalaman automotif Jepun dengan pengguna Malaysia. 20151123_112619_resized