Linde Malaysia bangunkan kilang pengisian hidrogen untuk kenderaan sel bahan api (FCEV)

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman di dalam mengendalikan gas industri dan perubatan sejak lebih 50 tahun yang lalu, Linde Malaysia bersedia untuk berkongsi kepakaran di dalam teknologi hidrogen dalam usaha untuk memperkasakan industri automotif negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan Serantau Linde Asia Selatan dan ASEAN, Rob Hughes berkata, "Di dalam menghadapi cabaran pemanasan global dunia, Linde melihat hidrogen sebagai salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut."


Tambah beliau lagi, Linde Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan lagi penggunaan sel bahan api berkuasa hidrogen, serta mencipta infrastruktur (bersama rakan niaga) yang membolehkan penggunaan pengangkutan hidrogen-elektrik secara meluas. 

Hidrogen dikategorikan sebagai bahan api bersih yang menghasilkan sisa wap air dan sifar kandungan karbon menjadikan kenderaan berkuasa hidrogen mempunyai tahap emisi sifar, sekaligus membantu mengurangkan pencemaran udara. 

Berbeza dengan penggunaan bahan api fosil, hidrogen merupakan unsur yang paling banyak wujud dalam alam semula jadi dan boleh diperbaharui. 

Hidrogen (dalam bentuk termampat, compressed hydrogen) ini akan digandingkan bersama gas oksigen di dalam sel bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik yang kemudiannya disalurkan kepada motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan sel bahan api (Fuel Cell Electric Vehicle, FCEV).

Apa yang menarik perhatian, FCEV ini mempunyai masa isi semula yang singkat, iaitu sekitar tiga minit sahaja dan mampu meliputi jarak perjalanan sejauh 600 km untuk setangki penuh bahan api hidrogen. 
 


Selari dengan pengenalan Rang Undang-undang Kecekapan Tenaga 2019 bagi mengurangkan pelepasan emisi karbon sebanyak 45% menjelang 2030, industri automotif negara bakal memanfaatkan penggunaan FCEV ini kerana sudah terbukti ia mampu mengurangkan emisi gas rumah hijau. 

Untuk itu, Linde telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membina loji pengeluaran dan pengisian hidrogen untuk pengangkutan yang pertama di negeri Sarawak dan Asia Tenggara, di samping meneroka potensi masa hadapan hidrogen sebagai bahan api alternatif negara. 

Sehingga kini, Linde telah membangunkan kira-kira 150 buah stesen pengisian semula seluruh dunia dengan teknologi pengisian semula bahan api hidrogen yang lebih inovatif. 

Malah, Linde juga merupakan sebahagian daripada inisiatif global Majlis Hidrogen yang terdiri daripada syarikat besar dunia seperti Daimler, Royal Dutch Shell, Alstom, Honda, Hyundai, Kawasaki dan Toyota dengan matlamat menjadikan hidrogen sebagai salah satu penyelesaian utama dalam peralihan tenaga bagi membantu mengurangkan pencemaran alam. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…
Berita Global
Sedan Honda FCX Clarity telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sempat bertahan…