Jadikan sebuah limousin yang sah untuk digunakan di atas jalan raya.
Memperkenalkan Limo-Jet, seperti nama yang dicadangkan ia sememangnya sebuah jet peribadi yang telah diubahsuai untuk menjadi sebuah limosin mewah yang sah untuk dipandu.
Dengan bantuan seramai 100 orang pakar dan beberapa buah syarikat penala, bahagian gantungan hadapan dan belakang telah dibina secara kustom manakala arca roda gergasi belakang pula telah dibina daripada gentian kaca yang mengambil masa selama sembilan bulan.
Kelongsong enjin jet yang berada di sisi fuselaj Limo-Jet ini telah digantikan dengan speaker gergasi yang dihiasi dengan lampu yang berwarna terang.
Jadi, untuk menggerakkan jentera gergasi sepanjang 12.8 meter ini dan seberat 5,443 kg, Limo-Jet memerlukan sebuah nadi kuasa standard daripada GM Vortec V8 dibantu dengan penggunaan rim gergasi 28 inci pada keempat-empat penjuru roda.
Sumber: Facebook Limo-Jet melalui Motor1