Limojet - Learjet ditukar menjadi limo (RM20.5 juta)

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah pesawat jet Learjet mungkin masih terlalu normal, tetapi sebuah limosin yang menggunakan badan (fuselage) Learjet dan boleh dipandu di jalanraya adalah satu perkara yang terlalu jarang anda akan lihat.

Sebuah syarikat di Lakesville, Minnesota, US telah menggunakan pelbagai komponen automotif, termasuk sebuah enjin V8 untuk dipasang kepada badan Learjet ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan berat melebihi 5 tan, ia dikatakan mampu bergerak selaju 160 kmsj dan memuatkan lapan penumpang serta seorang pemandu.

Tempat pemandu sayangnya sedikit konservatif - sebuah stereng dan tempat duduk tunggal untuk pemandu sahaja. Namun begitu untuk menampakkan ia sebagai sebuah kapal terbang, ada beberapa butang dan panel dari pesawat jet itu dikekalkan.

Ruang penumpang dipenuhi dengan sistem hiburan, termasuk unit audio yang baik dan ya, lampu-lampu LED yang mungkin mengingatkan rakyat Malaysia akan kedai-kedai tom-yam di tepi jalanraya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  C919, yang dihasilkan oleh Commercial Aircraft Corp of China (COMAC), direka untuk menyaingi jet…
Berita Domestik
Dalam kempen terbaharu 'Jom Balik Mengundi' bermula 20 Oktober hingga 19 November, rakyat Malaysia…
Berita Global
Majlis Persekutuan Swiss telah memilih F-35A yang tidak mempunyai kebolehan VTOL (Vertical Take-Off…