Limo Learjet bakal dilelong

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk mereka yang mahu menjadi juruterbang di darat, ini peluang anda.

Syarikat Jettersetter Inc di Chicago akan melelong limo Learjet ini dalam bulan Jun kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
learmousine interior

 

Direka oleh Dan Harris dalam tahun 2005, ia menggunakan badan aluminium Learjet sebenar dan dijadikan sebuah limosin oleh syarikat Exotic Coach.

Dengan saiz sepanjang 12.8 meter dan selebar 2.4 meter, "Learmousine" ini mampu memuatkan 18 penumpang termasuk seorang pemandu.

Ia menggunakan enjin GM 8.1L V8 Vortec yang diletakkan di belakang, seperti sebuah bas. Enjin trak itu menghasilkan 400 hp.

 

 

Bukan enjin sahaja yang besar kerana roda aloi itu juga bukan kaleng-kaleng saiznya.

Sebesar 28 inci, roda aloi jenama Diablo itu dipasang dengan tayar Kumho bersaiz 325/25 R28. Jangan terkejut kerana saiz itu memang ada untuk pasaran US.

Pembangunan Learmousine ini memakan masa dua tahun kerana ia terlalu unik.

Sirip ekor masih dikekalkan, tetapi sirip di sisi itu boleh dilipat untuk memudahkan ia melalui kawasan yang sempit.

 

 

 

Tempat enjin jet di kiri kanan itu juga boleh dilipat agar mampu lolos di lorong-lorong sempit. 

Enjin jet pula diganti dengan sistem pembesar suara yang mampu menghasilkan bunyi jet sebagai efek.

Antara kelengkapan dalaman Learmousine ini yang mungkin membolehkan anda mendapat persetujuan dari isteri untuk membelinya ialah kabin dan tempat duduk balutan kulit, sistem audio 17,000 watt, TV plasma 42-inci dan tempat pemandu lengkap dengan empat skrin besar.

 

 

Pembelian Learmousine ini juga diiringi oleh hadiah "free gift" - sebuah treler 13.4 meter panjang dan sebuah trak pikap Chevrolet Silverado 2500 tahun 2015 - khusus untuk membawa Learmousine ini.

Lelongan akan diadakan pada 23 June oleh Mecum Auctions. Tidak ada tanda harga minimum diberikan tetapi Careta merasakan ia pastinya lebih mahal dari Geely X70 CKD dengan jumlah komponen tempatan yang tidak pernah diberitahu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…
Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…