Lima tahun ubah sendiri bas dua tingkat jadi sebuah motorhome, kemudahan lengkap

oleh Mohamad Hanif|
Sudah menjadi satu trend di mana kebanyakan pengguna mula mencari sebuah kenderaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kereta aktiviti hujung minggu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tidak kira bas, coaster, trak pikap atau pilihan yang paling mudah van-van kecil termasuk kei car pun ada!

Bagi mereka yang mempunyai masa dan kemampuan, tidak ada sebab untuk mengatakan tidak kepada aktiviti buat sendiri (Do it yourself, DIY) terhadap kereta camper atau motorhome idaman sama seperti apa yang dilakukan oleh keluarga Ron ini.

 


Menurut saluran Youtube Alternative House, Ron dan isterinya mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyiapkan projek motorhome menggunakan asas daripada bas dua tingkat Neoplan Skyliner 1992 ini.

Pada asalnya, bas ini mempunyai kira-kira 90 buah tempat duduk, sebelum dibeli oleh Ron pada tahun 2011 dengan harga sekitar 15,000 euro sahaja (RM71,998).

Daripada situ, Ron menggunakan komputer untuk mereka bentuk ruang dalaman motorhome idaman dan perlahan-lahan mengubah rekaan digital menjadi realiti.
 

motorhome


Hasilnya, sebuah motorhome dengan kelengkapan yang menyeluruh seperti ruang dapur yang menempatkan peti sejuk beku saiz penuh, ruang makan, tidak ketinggalan ruang tamu beserta sofa di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Sementara bahagian belakang pula menempatkan ruang garaj, tangki storan air sebesar 598 liter, tangki kotoran 299 liter, serta tangki petroleum cecair 95 liter untuk kegunaan memasak.

Tingkat atas pula menempatkan ruang tidur utama di bahagian seksyen belakang, diikuti dengan bilik tidur tambahan untuk kanak-kanak pada ruang hadapan.

 


Motorhome ini juga mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyediakan bilik mandi, serta tempat untuk menyimpan barangan.

Akhir sekali, ruang depan tingkat atas bas ini dikekalkan dengan empat tempat duduk yang lengkap dengan tali pinggang keledar.

Ron juga turut membina semula enjin V6 Mercedes-Benz berkuasa 255 hp itu bagi memastikan perjalanan mereka berkelana tidak terganggu pada masa akan datang.

Sumber: YouTube Alternative House

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…