Lima sebab warga Terengganu perlu hadir ke Toyota Gazoo Racing di Stadium Sultan Mizan hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Karnival tahunan anjuran UMW Toyota, Toyota Gazoo Racing Festival kini telah memasuki musim penganjuran yang kedua dengan pelbagai acara menarik telah pun disusun dengan rapi buat peminat sukan permotoran tanah air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Debaran kian terasa dan Careta akan berikan anda lima sebab kenapa anda perlu rasakan sendiri debaran ini pada karnival Toyota Gazoo Racing bermula hari ini sehingga esok. 

1. Acara pembukaan siri perlumbaan Toyota Vios Challenge


Musim kedua perlumbaan jalanan Toyota Vios Challenge bakal dibuka tirainya hari ini (3 Ogos) dengan menjadikan Kuala Terengganu sebagai destinasi pertama perlumbaan sebelum beralih ke destinasi seterusnya di MAEPS, Serdang pada Oktober nanti. 

Jadilah antara yang pertama menyaksikan perlumbaan sengit Toyota Vios Challenge musim kedua ini!

 

2. Format litar yang mencabar, 1.65 km, 11 selekoh tajam dan empat laluan lurus


Masih menggunakan format street racing yang sama seperti musim yang lalu, Toyota Vios Challenge bakal memberikan cabaran dari segi skil pemanduan dan kawalan kenderaan oleh kerana tiada sebarang ruang dibenarkan untuk membuat kesilapan pada litar sepanjang 1.65 km ini. 

Saksikan dengan sendiri aksi memotong, menyelinap, pelanggaran yang tidak disengajakan dan pelbagai lagi aksi yang akan membuatkan aliran adrenalin anda mengalir pantas saat deruman enjin dan ekzos Vios melintasi selekoh tajam di hadapan anda!
 

3. 40 orang pelumba berentap merebut kedudukan terbaik


Menggunakan jentera yang hampir serupa spesifikasi di antara pelumba-pelumba lain, hanya perbezaan skil pemanduan dan pengalaman yang mampu membezakan antara mereka sepanjang dua hari penganjuran Toyota Vios Challenge ini. 

Super Sporting Class pada musim kedua ini menampilkan para pelumba handalan seperti Rocky Siow, Freddie Ang, Syafiq Ali, Mark Darwin, Kenny Lee, Ser Meng Hui dan Keifli Othman serta runner up musim lalu, iaitu Willam Ho. 

Bagi Promotional Class pula, pelumba selebriti pada musim lalu iaitu Diana Danielle dan Janna Nick bakal bersaing dengan enam muka baharu iaitu Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad. 

Grid terbesar pada perlumbaan kali ini terdiri daripada 18 orang pelumba amatur yang akan bersaing di dalam segmen Sporting Class dan turut menampilkan pelumba muda berusia 14 tahun, Mohamed Hayden Mohamad Haikal bersaing bersama-sama pelumba yang lain. 

 

4. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari karnival Toyota Gazoo Racing


Festival Toyota Gazoo Racing tidaklah berkisar perlumbaan semata-mata, UMW Toyota telah menyusun pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari karnival tersebut seperti pameran kenderaan, permainan, promosi jualan, cabutan bertuah , barisan food truck dan sesi tandatangan bersama selebriti kegemaran, khas buat peminat Toyota.

Bahkan terdapat juga aktiviti mesra kanak-kanak diadakan untuk seisi keluarga anda, termasuklah keluarga menantu anda. 

 

5. Bape riyaa?


Haa, hok ni mung jangan risau. Mung takdok pitih pun buleh masuk.

Sebagaimana penganjuran festival Toyota Gazoo Racing pada musim lalu, tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada para pengunjung, dan ditambah lagi dengan bermacam-macam hadiah Toyota sediakan khusus buat anda di Terengganu. 

Jadi, apa tunggu lagi?

Jemput hadir beramai-ramai ke Stadium Sultan Mizan bermula jam 9 pagi hari ini sehingga esok!


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…