Lima sebab kenapa SUV Coupe jadi pilihan

oleh Mohamad Hanif|
Jika dibandingkan dengan bentuk SUV konvensional, SUV Coupe (Sport Utility Coupe) memiliki rekaan garis bumbung yang lebih rendah - menyerupai sedan coupe empat pintu, tingkap yang lebih kecil - dan ia sekaligus memberikan kesan kepada keluasan ruang kepala penumpang belakang dan ruang kargo yang ditawarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, kekurangan tersebut tidak pernah menjadi penghalang buat para peminatnya yang tersendiri untuk terus memiliki SUV Coupe sebagai salah satu kenderaan pilihan.

Malah, pengeluar automotif seperti Mercedes-Benz, dan BMW turut menawarkan SUV Coupe yang tersendiri bagi menarik perhatian golongan sasaran.

Jadi kenapa golongan ini gemar memiliki SUV Coupe?

Berikut merupakan jawapan daripada firma penyelidkan Strategic Vision berkenaan kegilaan terhadap genre ini.

 

1. Kebanyakan pemilik merupakan golongan muda


Jika dibandingkan dengan pemilik SUV tradisional, rata-rata pemilik SUV Coupe terdiri daripada golongan yang berumur empat sehingga lima tahun lebih muda.

Kehadiran golongan muda ini sekaligus mencipta satu peluang unik bagi para pengeluar untuk meluaskan lagi demografik pelanggan mereka.

 

2. Golongan yang mementingkan imej


Secara jujurnya, penulis tidak pernah tertarik dengan rekaan SUV yang menyerupai Proton Gen2 itu, namun SUV Coupe ternyata memberikan imej yang tersendiri terutama ketika meluncur megah di jalan raya.

Dengan penggayaan bumbung yang rendah, SUV Coupe memiliki penampilan yang lebih sporti jika dibandingkan dengan SUV rekaan konvensional.

Penggayaan imej juga sangat penting buat para pemilik, khususnya golongan muda itu tadi.

 

3. Pemilik tidak kisah dengan harga jualan yang tinggi


SUV Coupe kebanyakannya memiliki tanda harga jualan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan SUV tradisional, seperti contoh GLC 300 Coupe (RM419,888) vs GLC 300 (RM350,000) untuk pasaran Malaysia.

Namun, perbezaan antara kedua-dua model yang hampir serupa ini tidak pernah menjadi satu masalah buat golongan muda itu tadi kerana mereka tidak sesensitif pemilik tipikal SUV.

Ini juga merupakan satu lagi peluang bagi pengeluar untuk menawarkan aksesori yang lebih premium terhadap SUV Coupe.

 

4. SUV Coupe sebagai lambang kejayaan


Menurut Alexander Edward, presiden Strategic Vision berkata, kebanyakan pemilik SUV Coupe ini mahu dilihat dengan penampilan yang bergaya di dalam kenderaan mereka malah mereka turut menyifatkan kenderaan itu sebagai 'pengganti diri' di atas jalan raya.

Seumpama gamer dengan avatar dalam talian.

"Jadi, sebagaimana ia berperanan menggantikan diri, SUV Coupe juga turut berperanan sebagai satu lambang kejayaan di dalam hidup mereka," ujarnya lagi.

 

5. SUV Coupe cabaran buat para pereka


Dari sudut perspektif para pereka, menghasilkan rekaan SUV Coupe merupakan salah satu cabaran yang menarik, ini kerana mereka akan mencuba sedaya upaya menjadikan hasil akhir lebih menarik.

Ia turut merangkumi aspek seperti hubungan badan-ke-roda, keluasan tingkap (greenhouse) yang kecil, perkadaran roda dan sebagainya.

Menurut Gorden Wagener dari bahagian rekaan kenderaaan global Mercedes-Benz turut mengakui cabaran di atas dan ia merupakan salah satu sebab kenapa sebagai pereka, mereka menggemari kerja-kerja menghasilkan rekaan SUV Coupe.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pelancaran model SUV coupe GLC 300 4MATIC Coupe ini merupakan pelengkap kepada penawaran SUV GLC…
Pelancaran
SUV pantas ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo twin-scroll yang mampu…
Berita Global
Untuk pasaran Korea Selatan, ia dijangka akan mula dijual pada 11 Oktober nanti. Dari segi dimensi…