LIMA sebab kenapa sedan lagi bagus berbanding SUV!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ketibaan era kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan merupakan satu mod pengangkutan yang utama dan rekaan tiga kotak (three box) yang klasik itu masih kekal dari dulu sehingga kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tatkala SUV menawarkan ciri yang mampu mengalahkan sebuah sedan, tidak dapat dinafikan bahawa sedan juga masih lagi menawarkan kelebihan yang tersendiri, malah lebih baik berbanding sesetengah SUV yang ada di pasaran.

Nak tahu apa kelebihan sedan berbanding SUV?

 

1. Saiz yang berpadanan untuk kegunaan harian


Urusan kerja seharian sebenarnya tidak memerlukan sebuah kenderaan yang terlebih saiz, atau bak kata orang 'bazir ruang'.

Tidak perlu SUV, sedan adalah lebih sesuai digunakan terutama ketika di dalam bandar.

Senang untuk dipandu, senang juga untuk diparkir terutama di kawasan yang sempit.

 

2. Sedan lebih selesa!


Sistem gantungan sesebuah sedan sebenarnya direka lebih lembut jika dibandingkan dengan SUV.

Ini kerana SUV lebih direka untuk pemanduan di atas jalan yang tidak rata, dan oleh sebab itu sistem suspensinya sedikit keras.

Jadi secara asasnya, pemanduan di dalam sebuah sedan adalah lebih selesa berbanding sebuah SUV, jika kebanyakan masa anda dihabiskan atas jalan raya yang lebih cantik rupanya.


3. Lebih stabil


Sedan mempunyai dimensi yang lebih rendah berbanding sebuah SUV, jadi ia secara tidak langsung menyumbang kepada titik graviti yang lebih rendah dan memberikan pemanduan yang lebih stabil.

Pemanduan di jalan dalam yang berliku dan berselekoh itu akan membuatkan anda lebih menghargai dimensi sebuah sedan berbanding SUV yang rata-ratanya lebih tinggi.


4. Sedan juga sama mewah seperti SUV, dengan harga yang lebih murah


Dengan teknologi semasa, anda sebenarnya tidak perlu membayar lebih untuk sebuah kenderaan tinggi yang menawarkan ciri yang serupa pada sebuah sedan kegunaan harian.

Yang paling penting, ia hadir dengan ciri keselamatan yang lebih diperlukan untuk sebuah sedan moden, seperti contoh Honda Sensing.
 

5. Ruang kargo yang lebih luas


Satu masalah umum yang ada pada mana-mana SUV/crossover adalah ruang kargo yang terhad, dan untuk ruang yang lebih luas, anda perlu melipat tempat duduk baris kedua (atau baris ketiga jika perlu).

Namun untuk sedan, tiada sebarang masalah kerana bentuk tiga kotak tradisional menawarkan ruang kargo yang besar, tanpa mengorbankan ruang penumpang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…