LIMA SEBAB KENAPA ANDA PATUT SERTAI ACARA MALAYSIA MOTOR EXPO 2022

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum tirai tahun 2022 dilabuhkan, dan pada masa ini banyak pengeluar mengambil kesempatan untuk menawarkan promosi hebat bersempena akhir tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak tahu ke mana harus anda tuju? Usah risau kerana kami mahu cadangkan anda supaya berkunjung sendiri ke acara Malaysia Motor Expo 2022 yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 November 2022 ini.

Kenapa kami katakan MME 2022 tahun ini lebih gempak?

 

1. Komitmen daripada jenama automotif terkemuka.

MME


Acara MME 2022 tahun ini bakal bertindak sebagai pentas menghimpunkan pelbagai jenama automotif terkemuka dunia termasuk jenama tempatan.

Antaranya termasuklah Proton EON, Perodua, Hyundai, Kia, Ford, Mazda, Peugeot, Subaru, Volvo, Toyota, Isuzu serta GWM.

 

2. Himpunan model-model kereta elektrik terkini

Ora


Umum sudah sedia maklum Malaysia kini sudah pun mula menawarkan beberapa buah model kenderaan elektrik.

Antara objektif utama MME 2022 adalah untuk mempromosikan inisiatif kerajaan ke arah dekarbonisasi yang menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga termasuklah EV.

Anda boleh melihat dengan lebih dekat model-model seperti Hyundai KONA EV, Kia EV6, Mazda MX-30, serta tidak ketinggalan hatchback elektrik yang bakal dilancarkan kelak - ORA Good Cat.

 

3. Promosi menarik daripada syarikat automotif untuk direbut rakyat Malaysia

promosi


Sinonim dengan akhir tahun, sudah pasti banyak pengeluar tampil dengan pendekatan promosi yang pelbagai untuk menarik perhatian umum, terutama bagi mereka yang mahu mencari kereta-kereta baharu.

Seperti contoh, Ford menawarkan pakej filem tingkap percuma untuk setiap pembelian Ford Ranger XLT, manakala Mitsubishi pula menawarkan baucer petrol RM500 untuk setiap pendaftaran baharu model Xpander.

Inggres Volvo pula menyediakan hadiah khas untuk sebarang tempahan kenderaan baharu yang dibuat sepanjang hujung minggu.

Volkswagen dan Audi pula masing-masing menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun beserta hadiah sampingan yang tidak kurang menariknya.

Terlalu banyak untuk disenaraikan, jadi luangkan masa anda hujung minggu 11-13 November ini, anda pasti akan rambang mata.

 

4. Lokasi mudah akses kepada umum

Kuala Lumpur Convention Centre merupakan salah satu lokasi acara yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Anda boleh sahaja memandu ke sana, atau gunakan sahaja sistem pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT untuk tidak memeningkan kepala menghadap kesesakan trafik.

 

5. Bukan sekadar acara pameran kereta baharu

IAM


Tidak terhad kepada acara pameran kenderaan baharu, MME 2022 turut membawakan acara tarikan menarik seperti pameran kereta-kereta modifikasi dari negara jiran Singapura dan Thailand, pameran kereta klasik & vintaj, perjumpaan kelab kereta, serta konsert secara langsung.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan barangan aksesori kereta daripada syarikat-syarikat terkemuka termasuklah Grantt, SwitchD, Waxco, Basset, Elite, Tomahawk dan banyak lagi.
 

IAM


Kepada para peminat industri automotif tempatan, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara Malaysia Motor Expo 2022 (MME) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 11 hingga 13 November ini.

MME 2022 dianjurkan oleh Cars, Bikes & Trucks Sdn Bhd dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia.

Untuk tahun ini, Petron merupakan penaja utama bahan api untuk Malaysia Motor Expo 2022, di mana ahli PMiles boleh mendapatkan tiket kemasukan secara percuma dengan hanya memuat turun aplikasi Petron, selain boleh menebus barangan menarik di reruai Petron.

Shopee pula merupakan rakan e-dagang dan tiket rasmi MME 2022. Menerusi kolaborasi ini, Shopee menawarkan diskaun eksklusif sehingga RM300, baucar penghantaran percuma, pulangan tunai, rebat, Shopee Coins, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Berita Berkenaan

Informasi
Acara tiga hari bermula 11 hingga 13 November ini dijangka akan menawarkan lebih banyak tawaran-…