Lima negeri kekal PKPB, SOP Aidilfitri sedang diperhalusi

oleh Mohamad Hanif|
Dalam pengumuman terbaharu oleh Menteri Kanan (Keselamatan) sebentar tadi, beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, dan Sarawak mengekalkan status sebagai negeri di bawah Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu, seluruh negeri Kelantan kekal dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Mei, manakala PKPB di Sabah pula bermula dari 29 April hingga 17 Mei ini.

Negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan masih lagi kekal di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pergerakan merentas negeri nampaknya masih lagi tidak dibenarkan, sementara pergerakan merentas daerah terus dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak.

Dalam masa yang sama, prosedur operasi standard (SOP) untuk Hari Raya Aidilfitri pula sedang diperhalusi dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama