Lima model Land Rover terbaik di dunia sepanjang zaman!

oleh Afandi Che Muhamad|
Ramai antara penggemar aktiviti ekstrem mengambil pendekatan untuk melakukan proses pengubahsuaian kenderaan atau restorasi terhadap kenderaan sedia ada mereka supaya ia turut memiliki kebolehan sama seperti pacuan empat roda.

Tidak kurang juga agensi keselamatan sebagai contoh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mereka lebih terdorong untuk membeli kenderaan dalam kategori 'baru keluar kedai'.

Kebanyakan pacuan empat roda mahu pun SUV keluaran terbaharu ketika ini sudah dilengkapi teknologi lebih canggih dan selesa untuk dipandu.

Jika diteliti, hampir kesemua pacuan empat roda atau SUV baharu turut tidak ketinggalan dalam aspek penawaran prestasi yang hebat.

Mungkin hipotesis ini sudah cukup untuk membuatkan pemahaman kita terhadap landskap pengeluaran kenderaan lebih jelas. 'Semakin muda usia (keluaran terkini) sesebuah kenderaan itu, semakin baik prestasi dan teknologi dimiliki'.

Seperti diketahui kedua-dua agensi tersebut telah lama menggunakan pacuan empat roda sebagai contoh; Land Rover Defender dan Land Rover One Ten.

Kenapa mesti Land Rover menjadi pilihan kedua-dua agensi tersebut?

Secara ringkas, Land Rover merupakan jenama pacuan empat roda terkenal dan memiliki banyak kelebihan yang sukar ditandingi jenama lain.

Atas faktor tersebut, tidak menghairankan jika ia banyak digunakan sebagai 'kenderaan rasmi' dalam kebanyakan pasukan keselamatan di dunia.

Pendek kata, Land Rover sememangnya dihasilkan bagi memenuhi kehendak keselamatan berikutan standard ketahanannya yang terbukti hebat. Hal tersebut dibuktikan melalui pelbagai ujian getir termasuk dihempas dari helikopter.

Kehebatan sesebuah Land Rover terletak pada kuasa enjin yang hebat, keupayaan meredah laluan ekstrem, ketahanan kabin dan kemampuan beroperasi dalam serba 'kekurangan'.

Berikut disenaraikan lima model Land Rover terbaik sepanjang zaman:

1. Land Rover Defender

2. Land Rover QT Wildcat

3. Land Rover Kahn Flying Huntsman (Pikap 6x6)

4. Land Rover Kahn Flying Huntsman (Cabrio 6x6)

5. Land Rover Defender ‘Floating Ninety’ (Dua Alam)