Lima maut, helikopter 911 terhempas di Afrika Selatan

oleh SALINA JALIL|
Sebuah helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan semalam, meragut lima nyawa, lapor Agensi Berita Xinhua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kami sangat sedih dan bersimpati dengan keluarga dan rakan mangsa. Helikopter itu membawa seorang juruterbang dan empat pegawai kesihatan," kata Pengarah Urusan Netcare Craig Grindell.

 

Menurut Netcare, helikopter itu terhempas ketika dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di KZN.

 

Maklumat terperinci berhubung nahas masih belum dapat dipastikan.

 

Saksi kejadian berkata helikopter itu meletup sebelum terhempas.

 

Rakaman video helikopter itu terbakar turut disiarkan di Twitter.

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi. Difahamkan…
Berita Domestik
  Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.25 pagi ketika helikopter jenis LEO menerbangkan…
Berita Global
  "Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama…