Lima Idea Menarik Untuk Anda Lakukan Sempena Merdeka

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pasti ramai yang sudah merancang untuk menjelajah atau bercuti sejak Malaysia sudah memasuki fasa endemic COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun satu kajian pada 2020 mendapati lebih 75 peratus rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di dalam negara selepas tamat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sempena kita bakal menyambut kemerdekaan tidak lama lagi dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama', kami kongsikan lima idea menarik untuk anda lakukan pada hari tersebut 


Memandu Ke Destinasi Tanpa Sabarang Halangan.

Naik kereta dan terus memandu kemana- sahaja lokasi yang mempunyai kibaran Jalur Gemilang tidak kira jauh mahupun dekat. Pastikan anda menangkap gambar suasana di setiap tempat yang mempunyai bendera Malaysia bersama keluarga atau rakan-rakan sebagai kenangan. Namun terdapat beberapa perkara yang anda perlu disiapkan untuk melancarkan perjalanan:
•    Tetapkan perjalanan mula dan destinasi akhir supaya anda boleh mengetahui lokasi untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
•    Pastikan anda membawa air dan makanan ringan untuk dimakan jika anda tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas
•    Tetapkan lagu-lagu kegemaran anda pada radio untuk mendengar atau bernyanyi bersama-sama di dalam kereta.


Tugu Negara Dan Bunga Api 

Tugu


Tugu negara merupakan kawasan yang memiliki nilai sentimental bagi setengah rakyat Malaysia yang memperlihatkan sejarah pengorbanan tentera semasa ingin mendapatkan kemerdekaan negara.

Hadir ke sana dan mengerti serba sedikit pengorbanan yang tercatat di tugu tersebut. Kemudian menjelang malam 31 Ogos nikmatilah keindahan nyalaan bunga api di langit Kuala Lumpur.

Antara lokasi bunga api yang lain untuk anda hadir ialah:
•    Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
•    Changkat Semantan, Kuala Lumpur
•    Bukit Permai, Cheras
•    Genting Highlands, Pahang

 

Dataran Merdeka

Semestinya perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini menjadi lokasi yang wajib hadir. Ini kerana suduh dua tahun kita tidak menyambut hari bersejarah ini dengan gilang gemilangnya di Malaysia. Oleh itu, hadirlah bersama rakan-rakan atau keluarga untuk melihat perarakan yang berprestij ini


“Merdeka”kan kerumitan kenderaan.
Ini membawa maksud bahawa sebelum menjelang hari kemerdekaan, apa kata anda melakukan pemeriksaan terhadap kereta anda supaya ia “merdeka” daripada sebarang masalah. Jika perlu, hantarkannya ke bengkel berdekatan untuk membuat penyelenggaraan kenderaan sebelum pergi bercuti. 

Dikongsikan senarai semak untuk anda “merdeka”kan bahagian atau komponen kereta:
•    Kemudi berfungsi dengan lancar
•    Brek/pengantungan kereta (suspension) tiada bunyi aneh apabila kereta bergerak
•    Aras cecair brek, penyejuk, tangki pengelap dan minyak enjin berada dalam kuantiti yang betul  
•    Keadaan Tayar
•    Tahap kuasa bateri yang boleh diperiksa atau dicas (jika perlu) menggunakan Bosch C7.
•    Pengelap tingkap, lampu kereta
•    Tali pinggang/ kerusi keselamatan bayi dalam kereta berfungsi dengan baik.

 

Bonus! Kongsikan Gambar Kreatif Sempena Merdeka Dan Menang Hadiah Menarik

bosch


Setiap perkara yang anda lakukan ketika menyambut Merdeka bersama kenderaan anda, jangan lupa tangkap gambar tersebut secara kreatif bersama jalur gemilang pada kereta(kelebihan jika terdapat paparan produk Bosch) dan menang hadiah menarik.

Caranya muat naik gambar tersebut di Instagram dengan #BoschMERDEKAR, seterusnya ikuti akaun Instagram @boschautopartsmy dan pastikan akaun anda unprivated.

5 pemenang bertuah bakal memenangi produk Bosch C7 Battery dan 10 pemenang lagi akan mendapat baucar 50 dari Shopee.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Informasi
  “Kebanyakan pengguna terawal Lebuhraya Suke terdiri daripada penduduk sekitar yang mengambil…
Informasi
  “Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai membuat perancangan awal dan pulang ke kampung…
Berita Domestik
Acara yang akan berlangsung pada Sabtu, 18 Disember 2021 ini akan menjadi titik permulaan bagi…