LIMA FAKTA TENTANG KERETA VOLVO, BELI SEKARANG & DAPATKAN PAKEJ SERVIS LIMA TAHUN PERCUMA

oleh Mohamad Hanif|
Bagi kebanyakan pembaca Careta, jenama dari Sweden ini sudah tidak lagi memerlukan pengenalan yang panjang meleret.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di persada dunia.

Nak berjinak-jinak dengan jenama Volvo?

Usah risau, kami akan bagitahu lima fakta menarik berkenaan salah satu daripada jenama mewah yang ada di Malaysia ini.


1. Mahukan sedan? SUV? Volvo ada semuanya!

S60


Biarpun jenama Volvo tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan jenama Continental yang lain, akan tetapi harus anda tahu bahawa Volvo Car Malaysia menawarkan hampir kesemua model yang ada di peringkat global untuk pasaran Malaysia.

Mahukan sedan yang selesa? Anda boleh dapatkan sedan segmen D Volvo S60, ataupun S90 yang lebih mewah dan besar saiznya.

Pilihan model crossover/SUV juga tidak kurang meriahnya.

Daripada sekecil XC40, XC60 hinggalah kepada penawaran SUV saiz besar XC90.

Dan jangan tak tahu, Volvo Car Malaysia merupakan satu-satunya jenama mewah yang menawarkan model wagon yang paling cantik dalam dunia, Volvo V60 yang merupakan unit pemasangan tempatan, dan harga jualan yang masih lagi mampu didengar!


2. Jenama paling banyak raih gelaran Top Safety Pick+ (termasuk XC90 Recharge Plug-in Hybrid)

Safety


Volvo sangat terkenal dengan pembuatan kereta-kereta yang selamat, dan mereka tidak pernah bermain-main dalam hal ini.

Selain daripada melengkapkan barisan kenderaan mereka dengan ciri keselamatan yang termaju (anda boleh baca spesifikasi setiap model Volvo di Careta.my), Volvo juga telah melaksanakan had kelajuan 180 km/j untuk semua kereta di peringkat global bermula tahun 2020.

Semua ini dibuat bagi memastikan tiada seorang pun pemandu atau penumpang yang tercedera atau mati akibat kemalangan di dalam sebuah kereta Volvo.

Selain daripada itu, Volvo juga merupakan jenama terbanyak menyandang anugerah keselamatan Top Safety Pick+, malah jauh melebihi kebanyakan pengeluar dalam dunia!

Tahun lepas sahaja, 13 anugerah Top Safety Pick+ menjadi milik Volvo, dan untuk tahun ini, giliran Volvo XC90 dan XC90 Recharge Plug-In Hybrid meraih gelaran tersebut biarpun syarat kelulusan telah diperketatkan berbanding tahun-tahun terdahulu.

Keselamatan seisi keluarga bermula dari anda.


3. Volvo kini selangkah ke arah menjadi pengeluar mesra alam

xc40


Untuk makluman, hampir kesemua model Volvo kini tidak lagi ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman tulen, sebaliknya model-model tersebut telah dikemaskini dengan menampilkan trenkuasa hibrid ringan atau hibrid penuh.

Kelebihannya, mampu mengurangkan pencemaran asap, menambahbaik penggunaan bahan api selain menjadikan pemanduan yang lebih lancar.

Bagi mereka yang prihatin dengan alam sekitar, terdapat pilihan SUV elektrik Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan SUV coupe C40 Recharge Pure Electric.

Seperkara yang harus anda tahu, Volvo juga merupakan jenama automotif mewah pertama yang memasang kedua-dua model SUV elektrik di dalam Malaysia!

 


4. Rekaan kereta Scandinavia yang ringkas, namun tetap menawan

XC60


Ringkas, tapi tetap menawan dan elegan.

Itu antara perkara yang boleh disimpulkan daripada penawaran model-model moden Volvo masa kini.

Seperti contoh, rekaan lampu LED berbentuk seperti tukul Thor itu berjaya diterapkan dengan baik pada semua model Volvo dan ia kini menjadi satu identiti tersendiri di mana satu dunia tahu, “Ah, ia adalah sebuah Volvo.”

Susun atur ruang kabin juga sangat menepati citarasa mereka yang mahukan rekaan dalaman kereta yang ringkas dan berfungsi.

Pendek kata, Volvo kini sudah menjadi satu pakej yang cukup lengkap untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang cantik, selesa, mudah untuk dioperasikan dan paling penting, ciri keselamatan menyeluruh.

Setelah anda baca empat poin di atas, adakah anda kini berminat untuk mendapatkan sebuah Volvo? Rujuk poin nombor lima.

 

5. Volvo Car Malaysia tawar promosi menarik sepanjang bulan Mac ini

XC90


Berita baik, di mana sepanjang bulan Mac 2023 (bermula 1 hingga 31 Mac 2023*) ini Volvo Car Malaysia akan menawarkan pakej servis penyelenggaraan lima tahun (VSA5+) bernilai RM10,960 secara percuma untuk setiap pembelian model-model sedan S60 & S90, wagon V60, serta barisan SUV XC40 B5, XC60 B5 & T8 dan XC90 B5 & T8.

Dengan adanya penawaran pakej servis VSA5+ ini, ia mampu memberikan ketenangan jiwa kepada para pemilik Volvo sepanjang tempoh pemilikan.

Pembeli EV Volvo XC40 BEV pula akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung promosi terbaharu Volvo Car Malaysia, layari laman web rasmi di alamat https://www.volvocars.com/my

*kereta perlu didaftarkan sepanjang tempoh tersebut untuk melayakkan pembeli mendapatkan pakej servis VSA5+

Berita Berkenaan

Informasi
Sehingga kini, ia masih lagi berkhidmat kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar…
Informasi
Di bawah adalah antara intipati yang dapat kami kupaskan.   ya, Civic ketam kegemaran ramai! 1…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…