Lima beranak maut kereta bertembung treler

oleh Mohamad Hanif|
Lima beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 36 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran sebuah stesen minyak dekat Gambang di sini hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Muhammad Rosli Ibrahim,32; isterinya, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, tiga anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, dan Nur Sofea Raida, 6, serta seorang bayi yang dipangku penumpang hadapan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota dalam perjalanan dari arah Muadzam ke Kuantan.

“Apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba pemandu kereta dipercayai masuk ke laluan treler (bertentangan) menyebabkan pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan namun kerana jarak terlalu dekat telah melangar bahagian hadapan kereta.

“Akibat kemalangan kesemua lima penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi jalan merupakan jalan dua hala dan semasa kejadian cuaca adalah baik serta permukaan jalan kering.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…