Lightyear 0 boleh gerak 70 km sehari guna tenaga solar!

oleh Mohamad Hanif|
Konsep kereta elektrik dengan bantuan panel solar bukanlah satu perkara baharu, memandangkan sebelum ini terdapat beberapa pengeluar yang tampil dengan idea yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia turut menjadi asas kepada sebuah lagi model kereta elektrik yang baharu sahaja menerjah dunia yang dihasilkan oleh syarikat pemula dari The Netherlands, Lightyear.

Lightyear 0 merupakan sebuah EV dengan kadar pekali seretan (Cd) serendah 0.19, menjadikannya sebuah kereta keluarga yang paling aerodinamik berbanding model konsep Mercedes EQXX.
 

Lightyear


Mempunyai ukuran sepanjang 5,000 mm, ia memberikan ruang kepada Lightyear untuk memasang panel solar seluas 5 meter persegi untuk membolehkan model 0 ini dicas dengan menggunakan sinaran mahatari sahaja.

Dengan panel solar itu 0 mampu bergerak sejauh 11,000 km per tahun, atau 70 km sehari di dalam keadaan cuaca panas (10 km untuk setiap jam pengecasan), atau sekitar 35 km/hari di dalam cuaca mendung.
 

Lightyear


Malah 0 dikatakan mampu bertahan sehingga tujuh bulan lamanya tempoh di antara pengecasan jika berada di negara beriklim panas.

Kapasiti pek bateri adalah sebesar 60 kWh yang mampu menawarkan jarak operasi sejauh 625 km (mengikut data WLTP) di mana ia juga turut menyokong pengecasan domestik (32 km untuk setiap jam), pengecasan AC (200 km untuk setiap jam) dan pengecasan pantas sehingga 520 km untuk setiap jam pengecasan.

Terima kasih kepada penggunaan teknologi motor elektrik di dalam roda, Lightyear 0 didakwa memiliki trenkuasa yang paling cekap, dengan penggunaan tenaga sekitar 10.5 kWh untuk setiap 100 km.

 

lightyear


Untuk ruang kabin, terdapat skrin sentuh sebesar 10.1 inci yang menyokong kemaskini over-the-air, serta penggunaan upholsteri bebas haiwan sepenuhnya yang menggunakan tekstil sumber semula jadi seperti tempat duduk balutan suede gentian mikro dan kemasan rotan.

Lebih banyak butiran lanjut bakal diumumkan kelak, di mana Lightyear merancang untuk menghasilkan model 0 sebanyak 946 unit dalam masa satu tahun dengan harga jualan bermula dari €250,000 (RM1,157,726).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…