Liberty Walk hasilkan sebuah lagi kit badan G-Class untuk Suzuki Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga saat artikel ini ditulis, sudah terlalu banyak penawaran kit badan yang ada di pasaran untuk Suzuki Jimny generasi terkini yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet bulanan.

Tidak cukup dengan penawaran sedia ada, Liberty Walk kini melancarkan satu lagi pakej kit badan yang diinspirasikan daripada Mercedes-Benz G-Class untuk dipakaikan pada Suzuki Jimny.

 


Jika dibandingkan dengan kit badan terdahulu, pakej terbaharu yang ditawarkan ini menampilkan warna hitam berkilat, dengan unit lampu utama direka semula, penggunaan logo dan gril berwarna hitam, serta kehadiran lampu nyalaan siang LED pada bahagian bampar.

Liberty Walk juga turut memasang hud baharu yang dilengkapi dengan skup udara besar yang mengingatkan kita kepada model Mercedes-AMG G 63.

 


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aftermarket berwarna hitam berkilat, dan lebih menarik apabila sistem ekzos telah dimodifikasikan supaya tip ekzos terkeluar pada bahagian sisi - seakan G 63.

Sementara bahagian belakang pula dipasangkan dengan spoiler besar, serta ruang penyimpanan tayar yang dilayangkan warna krom.

 


Ruang kabin Jimny juga tidak kurang hebatnya dengan penampilan roda stereng dipercayai diperbuat daripada gentian karbon, serta upholsteri kulit hitam membaluti tempat duduk depan dan belakang.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kit ini ditawarkan dalam dua konfigurasi utama iaitu versi standard dan juga versi widebody,…
Berita Global
Inspirasi Budaya Jepun Pada Jentera Lumba Elektrik Menurut Liberty Walk, rekaan jentera ini…
Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…